top of page

PH buat laporan polis isu kecacatan PRN DUN Sungai Kandis



Wakil calon Pakatan Harapan (PH) hari ini membuat laporan polis berhubung kecacatan pada hari mengundi di DUN Sungai Kandis yang menyaksikan hampir 2,000 kertas undi dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak dikembalikan ke peti undi.


Menurut wakil calon Shaari Abdul Malek (gambar, dua dari kanan), dengan majoriti calon PN yang menang 167 undi dan jumlah kertas undi tidak dikembalikan begitu tinggi, timbul kesangsian berkenaan pengendalian pilihanraya pada hari tersebut.


"Yang ketara kita dapati 1,964 undi tidak dikembalikan. Ini adalah satu keraguan yang menjadi masalah besar kepada kita.


"Walaupun kita kalah hanya 167 undi. Tetapi keraguan 1,964 kertas undi tidak dimasukkan ke dalam peti (perlu disiasat).


"Kami dari PH telah membuat bantahan di dewan (penjumlahan undi) pada hari tersebut. Tetapi bantahan kita kurang dilayan," katanya.


Kronologi kejadian pada hari itu dijelaskan secara lebih terperinci oleh Pengarah Pilihanraya DUN Sungai Kandis, Syaril Showkat Ali.


Beliau berkata, bantahan yang dibuat kepada returning officer (RO) SPR di pusat penjumlahan undi pada malam berkenaan telah tidak dilayan. Wakil calon, katanya, disuruh duduk tetapi tanpa mengambil kira isu yang dibangkitkan RO terus mengumumkan keputusan.

Syaril Showkat Ali

"Antara perkara kami bantah, kertas undi yang tidak dikembalikan dalam item D. Terdapat 1,964 (kertas undi) dalam Borang 14, sementara yang dipaparkan di skrin sebanyak 110 sahaja.


"Bila kami menanyakan perubahan itu dan kenapa tidak dimaklumkan kepada wakil wakil parti, pihak RO mengatakan (sebagai) kesalahan Ketua Tempat Mengundi (KTM).


"Mereka kata telah betulkan kesalahan tersebut. Jadi apa yang berlaku, (berdasarkan peraturan) apa apa pembetulan wajib dimaklumkan kepada kesemua wakil parti. Apabila tidak dimaklumkan kepada mana mana wakil, kami tanyakan jumlah perubahan tersebut kerana jumlah majoriti (pada malam itu) hanya 167," katanya.


Selain itu, kata Syaril, PH juga menerima laporan dari counting agent di semua saluran yang melaporkan terdapat ketirisan dan tidak kompetennya KTM menguruskan pusat pengundian.


"Antaranya dalam proses pengiraan undi, kertas undi (apabila dikira) dapat satu jumlah, bila dikira kali kedua ada kekurangan kertas undi.


"Bila counting agent kita tanya mana kertas undi, ada pula yang terselit di tepi (peti). Apabila diangkat, ia adalah kertas undi daripada PH.


"Jadi ini adalah beberapa perkara yang berlaku dan kita ada banyak lagi laporan untuk disampaikan selepas ini. Kami minta pihak polis ambil tindakan atas perkara ini supaya kita dapat membuat petisyen di mahkamah," katanya lagi.


Laporan polis pada petang tadi dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.


Pada pilihanraya 12 Ogos lalu, calon Perikatan Nasional (PN), Wan Dzahanurin Ahmad menang di DUN Sungai Kandis dengan majoriti 167 undi selepas memperoleh 28,926 undi menewaskan calon PH Mohd Zawawi Mughni (28,759 undi) dan Afriena Shaqira Sariff dari Muda (1,341 undi).

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page