top of page

PH-BN Selangor tawar insentif RM1,000 untuk wanita bekerjaya



Gabungan perpaduan di Selangor menawarkan kepada golongan wanita bekerjaya di negeri itu insentif sebanyak RM1,000 .


Besar Selangor, Datuk Seri Haji Amirudin Shari berkata, tawaran itu khusus untuk membantu wanita bekerja dan mempunyai anak di Selangor dalam menampung kos bayaran pengasuh dan penjagaan anak.

Insentif itu difahamkan merupakan sebagai salah satu daripada tawaran Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (PN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos nanti.


Sementara itu, ketika ditanya adakah dasar sedia ada berkenaan kemasukan pelajar ke pengajian tinggi dan diskaun bayaran balik pinjaman Selangor akan dikekalkan, beliau berkata, akan ada penambahan dalam polisi berkenaan.


"Kekal dan ada tambahan InshaAllah," ujarnya dipetik.


Terdahulu, Amirudin ketika melancarkan ‘Tawaran Kita Selangor: 5 Tekad Untuk 5 Tahun’ mengumumkan Kerajaan Perpaduan Selangor menawarkan subsidi tambang dan kos mengerjakan haji berjumlah RM2,000.


Subsidi berkenaan jelasnya akan diberikan kepada 3,000 jemaah muassasah kali pertama untuk menyempurnakan ibadah tersebut.


Gabungan itu turut menawarkan peningkatan elaun kepada imam dan bilal antara RM700 hingga RM1,600 selain banyak lagi insentif termasuk mewujudkan 100,000 peluang pekerjaan bergaji tinggi untuk golongan muda di negeri itu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page