top of page

PH - BN Kedah usahakan REE hasil baharu negeri, jika berkuasa



Gabungan Pakatan Harapan (PH) – Barisan Nasional (PH-BN) di Kedah berjanji untuk menghentikan kecurian unsur nadir bumi (REE) sekiranya berjaya membentuk kerajaan di negeri itu pada 12 Ogos depan.


Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang juga Ketua Setiausaha Agung PH berkata, janji tersebut ditawarkan oleh gabungan itu bagi memastikan galian berharga di negeri itu terjamin selamat dan tidak dicuri.


"Kami akan segera hentikan insiden kecurian ini dan surat 15 Mei (kebenaran masuk hutan simpan) dan surat 3 Mei (surat kebenaran persampelan di Kampung Bendang Man) kita akan batalkan serta merta.


"Ini pintu kepada kecurian. Hentikan kecurian dan mulakan siasatan terhadap REE," katanya Saifuddin dalam sidang media pada Khamis.


Mengakui REE adalah sumber pendapatan baharu kepada Kedah, Saifuddin Nasution berkata, kerajaan negeri perlu bekerjasama rapat dengan kerajaan pusat di bawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim bagi memulakan rundingan.


"Mengikut dasar semasa tidak akan diluluskan juga sekiranya Kerajaan Perpaduan mengambil alih di mana kerajaan negeri dan kerajaan pusat sama, kita akan memulakan perundingan.


"Ini untuk melihat dasar semasa bagi melihat ruang fleksibiliti dilakukan atas rasional hasil bumi Kedah wajar diusahakan secara mengikut undang-undang dan peratusan. Ini akan kira rundingkan," katanya.


Sementara itu tambah Saifuddin, sebaik sahaja mengambil alih pentadbiran Kedah, pihak Kerajaan Negeri akan berunding dengan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim untuk memastikan satu garis panduan perlombongan REE akan diputuskan bagi menjadikan aktiviti melombong galian itu di hutan simpan lancar dan tidak dianggap melanggar undang undang seperti dasar sedia ada.

Kommentit


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page