top of page

PH bimbang kes berprofil tinggi dilepas: Peguam Negara diminta beri penjelasan munasabah



Pembebasan beberapa individu dalam kes berprofil tinggi sejak kebelakangan ini membimbangkan Pakatan Harapan (PH).


Majlis Presiden PH berkata, kes yang membabitkan penyokong parti pemerintah tersebut dilepas dan dibebaskan sama ada dengan memulangkan sejumlah wang atau membuat bayaran kompaun, telah menimbulkan perdebatan serta rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat.


"Terbaharu kes yang melibatkan Datuk Seri Ahmad Maslan, Ahli Parlimen Pontian merangkap Setiausaha Agung Umno yang didakwa menerima sejumlah wang dari Datuk Sri Najib Razak dan dipercayai dana 1MDB.


"Ahmad Maslan dilepas dan dibebaskan dari pertuduhan tersebut setelah beliau membayar kompaun walaupun perbicaraan telah bermula, dan walaupun media melaporkan pada mulanya beliau enggan membayar kompaun dan mahu kesnya dibicarakan.


"Oleh yang demikian, kami menggesa Peguam Negara memberi penjelasan munasabah memandangkan keputusan untuk mendakwa atau menarik pendakwaan terhadap seseorang itu terletak di tangan beliau," kata kenyataan Majlis Presiden.


Menurut majlis itu lagi, Peguam Negara bertanggungjawab menjelaskan apakah beberapa pembebasan tersebut akan menjadi operasi prosedur standard (SOP) baharu, terutama bagi kes-kes mahkamah berprofil tinggi yang lain? Adakah SOP terkini membolehkan seseorang yang didakwa mencuri wang kemudian dilepaskan dengan membayar balik sebahagian daripada "barang kes" tersebut.


"Majlis Presiden turut kesal dengan sikap acuh tak acuh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengiakan trend baharu berkenaan. Bolehkah SPRM memberikan penyelesaian serupa kepada semua kes rasuah dengan pembayaran balik wang sogokan yang dirampas, sepertimana membabitkan ahli politik penyokong kerajaan?


"Demi menegakkan kedaulatan undang-undang dan konsep negara hukum (rule of law), trend baharu Peguam Negara dan SPRM ini jelas melanggari prinsip keadilan itu bukan sahaja mesti dilakukan tetapi juga mesti disaksi dilakukan (justice must not only be done, it must also be seen to be done).


"Tanpa ketelusan dan penguatkuasaan undang-undang yang adil, hasrat Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki agar SPRM mencapai taraf antarabangsa akan sukar dicapai," kata mereka lagi.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden UPKO Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page