top of page

PH bersama pimpinan baharu, strategi menang PRU 15



Pakatan Harapan (PH) akan disusun semula dengan kepimpinan baharu dan pastinya strategi baharu untuk menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


Hal itu diungkapkan dalam siaran media Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam tadi.


Menurut beliau, PH akan berusaha memberi solusi kepada kenaikan kos hidup, kemelesetan ekonomi dan rasuah yang berleluasa dalam negara ketika ini.


"PH sekarang disusun semula dengan pimpinan baharu daripada DAP dan KEADILAN


"Kita akan merangka strategi untuk memenangi hati rakyat terutama dalam ekonomi yang merudum, kos sara hidup tidak terkendali, dan juga skandal rasuah yang berterusan.


"Sebut sahaja projek ada rasuah, sebut sahaja perolehan ada ketirisan. Ini akan membawa bencana dan malapetaka kepada negara.


"Kita harus berkerja menyelamatkan negara ini," katanya.


Namun Anwar memberi amaran bahawa kelompok maha kaya atau oligarki - campuran ahli perniagaan dan politik - akan menggunakan sehabis dana menaja kekacauan pemikiran dalam kalangan rakyat untuk mengelakkan negara jatuh ke tangan golongan reformis.


Katanya, mereka akan menghasut memecahkan pembangkang melalui agenda perkauman dan agama sempit.


"Tetapi (rakyat) harus ingat masalah ini (yang utama) tatakelola, pengurusan lemah, rasuah dan pimpinan yang menggadai prinsip, khianat kepada rakyat memilih mereka.


"Saya yakin PH akan memperbaiki prestasi mereka berbanding 2018. Mengambil sikap yang lebih berani berbanding kerajaan 22 bulan kerana yang mendukung kita pada ketika itu tidak semua menghayati prinsip perjuangan reformasi. Ada yang menumpang dan kemudian mengkhianati


"Saya ingin menyeru kepada rakyat, beri dukungan padu supaya tidak ada gangguan dan kita stabil. Kita stabil bukan untuk merompak," katanya.


Di samping itu, Anwar juga menegur pemimpin Pas Hj Hadi Awang yang mendakwa PH mahu merungkai Perlembagaan dan menghilangkan hak Melayu.


Beliau mengingatkan Hj Hadi bahawa tohmahan itu akan dipertanggungjawabkan oleh rakyat dan juga Yang Maha Kuasa.


"Ada kata PH nak pinda Perlembagaan.


"Kalau kenyataan politik licik jahat saya faham. Kalau orang itu guna landasan agama untuk menipu dan memfitnah dia harus bertanggungjawab kepada rakyat dan kepada Allah


"Selama saya memimpin PH tidak pernah ada suara untuk meminda Perlembagaan, kedudukan Islam agama Persekutuan. Hak keistimewaan Melayu dan Raja raja Melayu tidak dipertikai," katanya.


Anwar menegaskan perisytiharan bersama dalam Pakatan Rakyat satu ketika dahalu untuk mempertahankan Perlembagaan yang ditandatangani oleh beliau, Hj Hadi dan Lim Kit Siang tidak pernah berubah dan masih dipegang sehingga kini.

0 comments

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page