top of page

PH beri komitmen penuh luluskan RUU Anti Lompat Parti

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Apr 5, 2022
  • 1 min read


Pakatan Harapan (PH) akan memberikan komitmen penuh dalam meluluskan Rang Undang Undang (RUU) Anti Lompat Parti yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 11 April ini.


Hal itu disampaikan oleh Majlis Presiden PH dalam pertemuan bersama Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pagi tadi


Menurut kenyataan Majlis Presiden, pertemuan bersama PM itu diadakan bagi mendapatkan penjelasan berhubung status pembentangan RUU Pindaan Perlembagaan Persekutuan (Anti Lompat Parti) yang dijadualkan pada 11 April ini.


"(Dalam pertemuan) Perdana Menteri telah memberi komitmen tidak ada perubahan kepada notis mesyuarat persidangan khas Dewan Rakyat yang dijadualkan pada 11 April 2022, sepertimana yang telah diedarkan kepada Ahli-Ahli Parlimen.


"Majlis Presiden PH memberi komitmen penuh bahawa kesemua Ahli Parlimen Pakatan Harapan akan memberi sokongan bagi tujuan meluluskan Pindaan Perlembagaan tersebut," kata mereka.


Dalam pertemuan sama, Ketua Pembangkang juga telah telah membangkitkan isu sistem pengesanan kesihatan rakyat Malaysia, MySejahtera yang dimiliki sebuah syarikat negara asing. Isu berkenaan kata Ketua Pembangkang perlu diberi penjelasan penuh kepada Dewan Rakyat.


Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke dan Presiden UPKO Datuk Seri Madius Tangau.



Ketua Pembangkang Datuk seri Anwar Ibrahim menanyakan mengenai aps MySejahtera kepada PM Ismail

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page