top of page

PH akan tentang kelulusan tender tidak telus dalam 'off budget'



Kelulusan tender yang tidak telus dalam perbelanjaan off budget akan terus ditentang oleh Pakatan Harapan (PH) dalam Belanjawan 2022.


Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Ahli Parlimen PH akan terus mempersoalkan sebarang peruntukan yang diluluskan secara tidak telus dan 'disembunyikan' daripada pengetahuan rakyat meliputi projek-projek besar kerajaan.


"Belanjawan ini ada 13 kali mesyuarat (dalam memorandum kerjasama) tidak termasuk Guan Eng berjumpa pengurus bank, saya berjumpa untuk muktamadkan isu moratorium pinjaman bank.


"Yang kita amat prihatin ialah perbelanjaan off budget dan ini tentu merupakan pendirian PH yang agak keras dan kita telah mengararahkan Ahli Parlimen kita untuk bangun menentang cara dan kaedah kelulusan tender dan projek yang tidak telus. Terutama seperti (pembekalan spektrum) 5G, RM15 bilion, walaupun menteri umum RM11 bilion," katanya.


Tambah Anwar, projek besar sewajarnya dimaklumkan oleh kerajaan secara telus dan terperinci agar perbelanjaannya boleh diawasi rakyat dan tidak mengalami ketirisan.


Beliau memberi contoh mengenai 'cakap-cakap' berkenaan Lapangan Terbang Subang yang perlu didedahkan secara terbuka apakah perancangan kerajaan terhadap lapangan terbang tersebut.


"Kemudian proses kita pertikai beberapa keraguan kedudukan Lapangan Terbang Subang yang kita tidak mahu disorok kerana ini off budget.


"Kadang-kadang rakyat tidak tahu, agak terpengaruh satu dua pengumuman kecil yang beri kebaikan tetapi off budget tidak dimaklumkan.


"Ini saya hendak maklum supaya orang tahu mengapa kita mengambil pendirian yang agak keras tentang hal itu," tegasnya dalam sidang media tengah hari tadi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page