top of page

Petronas tamatkan 5,000 pekerja: Boleh audit, tetapi tanpa unsur politik - Azli

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 9
  • 1 min read

Gesaan agar Petronas diaudit berikutan penstrukturan semula melibatkan penamatan 5,000 pekerja kontrak boleh dilakukan namun perlu dibuat secara profesional dan tanpa melibatkan unsur politik.


Menurut Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof, audit bebas ke atas Petronas tidak boleh dipolitikkan kerana dikhuatiri menjejaskan keyakinan pelabur ke atas syarikat berstatus antarabangsa itu.


"Petronas merupakan syarikat bertaraf global dan sudah pun tertakluk kepada audit dalaman serta audit tahunan yang ketat. Jika ada keperluan audit tambahan, ia mestilah dijalankan secara bebas, telus dan profesional – bukan atas tekanan politik.


"Kita tidak mahu audit pihak ketiga dijadikan medan politik sehingga memberi kesan negatif kepada pelabur dan rakan strategik antarabangsa Petronas. Yang penting, integriti dan kepercayaan terhadap Petronas mesti dikekalkan," katanya dipetik Sinar Harian.


Sebelum ini Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, mempersoalkan keputusan Petronas menstruktur semula organisasi dengan membuang sekitar 10 peratus daripada 50,000 kakitangan. Beliau menyarankan agar syarikat petroleum itu diaudit.


Bagaimanapun, Azli menegaskan keputusan Petronas sewajarnya tidak diganggu dan diberi kebebasan. Sebaliknya beliau mencadangkan penubuhan satu Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi memantau tadbir urus syarikat berkaitan kerajaan (GLC), termasuk Petronas.


"Operasi syarikat tidak perlu diganggu, tetapi rakyat berhak tahu rasional di sebalik sebarang keputusan besar. Penerangan terbuka oleh pihak Petronas juga penting bagi mengelakkan kekeliruan dan menjaga imej syarikat serta kerajaan," katanya lagi.


Tambah beliau, keseimbangan antara ketelusan dan kestabilan keyakinan pelabur perlu menjadi keutamaan dalam sebarang langkah ke arah penambahbaikan tadbir urus syarikat milik negara.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page