top of page

Petroleum T'ganu: Lebih mudah ditubuhkan jika Perpaduan tadbir negeri - Azan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 27
  • 2 min read


Syarikat menguruskan hasil minyak dan gas "Petroleum Terengganu" amat membazir sekiranya ditubuhkan pada waktu ini.


Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Azan Ismail berkata demikian ketika mengulas usaha kerajaan Pas Terengganu mahu mencontohi Sarawak dalam menubuhkan Petros bagi menguruskan hasil petroleum negeri itu.


Kata Azan, tanpa Akta Laut Wilayah 2012 dipinda, syarikat tersebut jika ditubuhkan tidak akan mendapat hak royalti dan hanya membazirkan sumber negeri dalam membayar gaji dan elaun kakitangan.


Lebih baik, katanya, rakyat Terengganu mengundi Kerajaan Perpaduan untuk memerintah negeri pada pilihanraya akan datang, dan idea itu boleh direalisasikan dengan bantuan Kerajaan Persekutuan.


"Saya berpandangan peluang akan terbuka luas sekiranya Kerajaan Negeri Terengganu ditadbir oleh Kerajaan Perpaduan yang bersama satu aliran dengan kerajaan pusat.


"Ini lebih memudahkan urusan aktiviti ekonomi untuk Terengganu daripada berharap 'buah yang tidak gugur'


"Rakyat Terengganu patut buka mata dengan melihat manfaat menyeluruh. Setakat ini Kerajaan Negeri dilihat tidak mahu bersama kerajaan pusat kerana kepentingan berlainan," katanya kepada Suara Keadilan.


Dalam pada itu, Azan turut menempelak Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kerana idea penubuhan Petroleum Terengganu tidak pernah dibincangkan dengan Kerajaan Persekutuan, sedangkan Kerajaan Negeri ingin menuntut hasil petroleum.


"Penubuhan Petroleum Terengganu tidak dibincang dengan kerajaan pusat.


"Dalam hal ini, cara lebih mudah ialah kita usahakan negeri Terengganu boleh sealiran dengan kerajaan pusat bagi memudahkan tuntutan," katanya.


Tanpa menyelesaikan isu perundangan antara pusat dan negeri, tegas Azan, penubuhan Petroleum Terengganu mungkin akan menjadi beban kepada anak syarikat (GLC) berasaskan petroleum sedia ada.


"Tujuan tubuh syarikat (Petroleum Terengganu), lantik kakitangan tidak ada faedah, beban bagi negeri yang tidak mampu dari segi kewangan.


"Persoalannya adakah penubuhan Petroleum Terengganu ini gunakan kewangan agensi (berkaitan petroleum) sedia ada? Hasil (Petroleum Terengganu) tak ada, sebab undang undang tidak berubah," katanya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page