top of page

Pesta Tanglung Batu Uban 2025 simbol perpaduan, kasih sayang komuniti

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 days ago
  • 1 min read

Kumaresan menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada pengunjung Pesta Tanglung KADUN Batu Uban
Kumaresan menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada pengunjung Pesta Tanglung KADUN Batu Uban

Pesta Tanglung KADUN Batu Uban 2025 yang bertemakan “You’re Not Alone, We Are Your Family” berlangsung meriah di Silver Jubilee Home For The Aged, Sungai Dua, kelmarin dengan kehadiran kira-kira 700 orang yang terdiri daripada masyarakat setempat, pelajar, dan warga emas.


Sambutan kali ini diserikan dengan penglibatan pelajar SMJK Phor Tay yang mempersembahkan pelbagai acara menarik termasuk persembahan tarian, nyanyian dan persembahan kebudayaan, sekali gus menghidupkan suasana penuh semangat dan harmoni.


"Pesta Tanglung bukan sekadar sambutan budaya, ia adalah simbol perpaduan, keharmonian dan semangat kebersamaan dalam masyarakat kita yang berbilang kaum," ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban, A Kumaresan dalam kenyataannya.


Beliau berkata, di Batu Uban, masyarakat pelbagai kaum terus menunjukkan semangat muhibah dan toleransi dalam hal hal perayaan.

Tarian Naga turut memeriahkan pesta tanglung DUN Batu Uban
Tarian Naga turut memeriahkan pesta tanglung DUN Batu Uban

"Kita amat bertuah kerana masyarakat sentiasa menunjukkan semangat muhibah dan toleransi yang tinggi. Setiap perayaan diraikan bersama tanpa mengira agama atau bangsa inilah kekuatan sebenar komuniti kita," katanya.


Majlis turut dimeriahkan dengan cabutan bertuah dan perarakan tanglung sejauh satu kilometer di sekitar kawasan Lip Sin, yang menerangi malam dengan cahaya dan keceriaan.


Dalam pada itu, Kumaresan menzahirkan terima kasih kepada Cheah Peng Guan selaku Pengarah Program, Silver Jubilee Home For The Aged, Pejabat Parlimen Bayan Baru, SMJK Phor Tay, Persatuan Sahabat Prihatin Pulau Pinang, serta semua agensi dan sukarelawan yang terlibat.


Turut hadir memeriahkan acara ialah Datuk Ooi, Bendahari Silver Jubilee Home General Committee; Mr. Jimmy, Ahli Jawatankuasa Silver Jubilee Home; Cik Lim Gaik Hong, Pengetua SMJK Phor Tay; Cikgu Chan, Ahli Majlis MBPP; dan Mr. Choo, Pengerusi PIBG SMJK Phor Tay.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page