top of page

Peserta IPR mampu bebas kemiskinan dalam tempoh 2 tahun



Peserta program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) dijangka berupaya bebas daripada kemiskinan dalam tempoh dua tahun.


Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, peserta bagi model Inisiatif Usahawan Makanan (Insan) dan Inisiatif Usahawan Tani (Intan) itu mampu menjana pendapatan sendiri, sekali gus membolehkan mereka keluar daripada kancah kemiskinan.


Dengan pendapatan diperoleh dari program itu jelasnya, peserta kemudian boleh menceburi model perniagaan lain bagi menambah pendapatan mereka.


"Selepas mereka berjaya dan bergerak ke model perniagaan lain seperti gerai sendiri, maka peluang itu akan dibuka kepada penerima lain.


"Atas alasan ini, kita berpendapat jika program ini dilaksanakan di seluruh negara, kita dapat mewujudkan mekanisme bagi membantu miskin tegar dan B40 secara lebih mampan dan berterusan," katanya.


Rafizi yang juga Timbalan Presiden KEADILAN berkata begitu ketika melancarkan mesin layan diri IPR di Stesen Sentral, Kuala Lumpur semalam.


IPR dilancar kerajaan pada Feb lalu sebagai satu ekosistem mampan dalam usaha menoktahkan masalah miskin tegar dengan menyasarkan 100,000 peserta daripada isi rumah miskin tegar dan B40 menyertainya bagi menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan untuk mereka keluar daripada garis kemiskinan.


Inisiatif itu merangkumi tiga model, iaitu Insan, Intan dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (Ikhsan)


Rafizi sementara itu berkata, melalaui IPR peserta hanya perlu menyediakan modal bagi kos makanan dan tidak akan dikenakan sebarang sewaan mesin dan elektrik.


"Kita bukan saja tidak mengenakan sewa, malah cas elektrik juga ditanggung pemilik tapak atau rakan strategik…usahawan hanya mengeluarkan modal pusingan semata-mata.


"Ini juga dapat memastikan harga jualan lebih murah, iaitu antara RM1 hingga RM5," katanya.


Walau bagaimanapun berbeza dari program lain sebelum ini, aset IPR adalah milik kerajaan yang membolehkan ia memastikan penerima tidak hanya layak dari segi sosioekonomi, namun benar-benar berminat menaik taraf pendapatan mereka.

0 comments

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page