top of page

Peserta himpunan TURUN dipanggil polis, tuntutan rakyat akan diteruskan



Peserta himpunan membantah kenaikan harga barang dan inflasi #TURUN pada Sabtu lalu hari ini dipanggil polis untuk dirakam percakapan di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur.


Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Adam Adli Abdul Halim kesemua 11 anak muda yang dipanggil hari ini diambil keterangan di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012.


"Proses ambil kenyataan berjalan lancar, kami ditanya tentang sama ada hadir atau tidak. Tentu sekali kita tahu dalam isu macam ini jawapannya, 'kita jawab di mahkamah' dan kita beri kerjasama yang baik.


"Kita tunggu apa tindakan selanjutnya dari pihak berkuasa.


"Saya anggap ini poses intimidasi berterusan dan saya minta ia dihentikan terutama ke atas aktivis dan juga mahasiswa juga penggerak masyarakat," katanya kepada media selesai soal siasat.


Adam dalam pada itu menekankan hak untuk berhimpun tidak boleh dihalang oleh pemerintah kerana telah dinyatakan dengan jelas dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.


Namun katanya, pihak polis terus memanggil peserta yang berucap atau berhimpun setiap kali diadakan himpunan aman.


Tegas beliau, himpunan seperti #TURUN tidak akan dihentikan kerana ianya bukan isu politik tetapi menyentuh kesukaran hidup rakyat


"Sebelum ini pemuda Amanah dipanggil, AMK juga dipanggil, mahasiswa dipanggil. Kali ini gabungan bersama mahasiswa dan parti politik (dipanggil).


"Namun tindakan (berhimpun akan) sentiasa diteruskan. Suara, tekanan, penerangan semua diteruskan. Suara ini tidak boleh dbungkam. Kita bukan suarakan kepentingan politik, ini tentang masyarakat yang semakin terkesan (akibat peningkatan inflasi)," katanya lagi.




0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page