top of page

Kerajaan perkukuh kesiapsiagaan hadapi gelombang kedua banjir

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 11 minutes ago
  • 1 min read

ree

Kerajaan MADANI mengambil langkah proaktif bagi memperkukuhkan sistem kesiapsiagaan serta amaran awal dalam menghadapi risiko gelombang kedua banjir.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata, keutamaan kerajaan ketika ini adalah memastikan pemindahan penduduk dapat dilakukan lebih awal ketika bencana, khususnya di kawasan berisiko tinggi.


Menurut beliau, walaupun situasi tidak dapat dijangkakan secara tepat, gelombang kedua banjir dijangka melanda Pantai Timur dan melibatkan negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor serta Sarawak.


"Yang penting ialah sistem kesiapsiagaan dan amaran awal yang telah diwujudkan, bagi memastikan pemindahan penduduk dapat dilaksanakan lebih awal sekali gus mengelakkan kehilangan nyawa dan kerosakan dokumen," katanya dipetik.


Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata demikian kepada pemberita selepas lawatan kerja ke Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI), semalam.


Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan sehingga Khamis ini.


Menurut kenyataan MetMalaysia, hujan lebat berterusan tahap buruk diramalkan melanda seluruh Kelantan dan Terengganu, selain beberapa kawasan di Pahang melibatkan Kuantan, Pekan dan Rompin, serta Johor di daerah Mersing dan Kota Tinggi.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page