top of page

Perwakilan wanita dalam hirarki pembuat dasar harus sama dengan nisbah gender



Perwakilan wanita dan lelaki dalam struktur pembuat dasar harus sama dengan nisbah populasi semasa negara yang menghampiri 50:50.


Ketua Wanita KEADILAN Selangor, Rodziah Ismail berkata, dalam sistem demokrasi di Malaysia representasi wakil-wakil rakyat di Dewan-Dewan Negeri dan Parlimen masih tidak mencerminkan jumlah populasi lelaki-wanita.


Menurut beliau, hanya di Selangor kedudukan wanita sebagai pembuat dasar hampir mencapai 30% dan polisi itu dimantapkan dengan kuota sama di peringkat pihak berkuasa tempatan.


Sehubungan itu, katanya, Wanita KEADILAN Selangor sentiasa komited untuk mencabar kesenjangan di antara dasar dan pelaksanaan dalam memenuhi kuota minimum 30% di semua peringkat.


"Fokus juga diberi untuk meningkatkan penglibatan wanita sebagai Ketua Kampung di daerah-daerah seluruh negeri Selangor.


"Lebih utama adalah meningkatkan kualiti kepimpinan wanita sebagai pembuat dasar dan keputusan di semua peringkat pembuatan keputusan di negeri Selangor. Kesedaran baru para pemimpin Pakatan Harapan (PH) Selangor, khususnya Wanita PH, memastikan berlakunya perubahan sistemik yang peka gender.


"Sesuatu keputusan yang ditetapkan menjadi bermakna, tepat dan berkesan untuk kepentingan rakyat apabila ia melalui proses ketetapan yang telus dan dilaksanakan oleh pemegang taruh yang menyeluruh, terutamanya dari golongan wanita yang menyumbang secara signifikan dalam semua sektor pembangunan, sosial, ekonomi dan politik di negeri Selangor," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Rodziah lagi, Kedudukan wanita dalam posisi yang strategik akan menghasilkan keputusan-keputusan yang berkualiti dan memberi kesan lebih baik ke atas rakyat umumnya, kerana mengambilkira secara langsung sudut pandangan dan aspek-aspek khusus setiap golongan.


"Ia termasuk menonjolkan isu-isu mengstereotaip gender, ketidakadilan dan ketidaksaksamaan gender yang masih berlaku, dalam pengagihan sumber dan kekayaan negara," katanya.


Selain itu, Exco Perumahan Selangor itu berkata, sumbangan Suri Rumah juga wajar dihargai dalam mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara dan negeri - yang selama ini - tanpa sebarang ganjaran (unpaid care work) dan telah sedaya-upaya berperanan besar mengekalkan institusi keluarga yang menjadi asas kekuatan sesebuah masyarakat dan negara.


Menurut Rodziah lagi, tema #MemilihUntukMencabar atau #ChooseToChallenge yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada Hari Wanita tahun ini amat sesuai dalam konteks membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul.


Untuk rekod, sejak diperintah oleh Pakatan Harapan sedekad lalu Selangor telah mencapai kejayaan dalam melengkapkan kuota sebanyak 23% bagi Ahli Dewan Negeri wanita, 27% Ahli Majlis Wanita dan 5% Ketua kampung wanita.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page