top of page

Peruntunkan parlimen pembangkang: Sediakan bajet, bincang, jangan bongkak



Pembangkang PN diseru untuk lebih pragmatik dan akur kepada prosedur daripada terus memainkan isu kononnya Kerajaan Perpaduan zalim kerana tidak memberikan peruntukan di kawasan yang dimenangi pembangkang.


Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Andre Lai Chen Heng berkata, pemberian perutukan kawasan memerlukan bajet yang diajukan kepada kerajaan terlebih dahulu supaya kewangan tersebut tidak disalahguna untuk tujuan politik.


Oleh itu, beliau menggesa agar Ahli Parlimen PN untuk melengkapkan prosedur dan berunding secara baik dengan kerajaan bagi mengelakkan rakyat di kawasan mereka terus teraniaya tanpa peruntukan.


"Saya menyokong pandangan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar (sediakan prosedur bajet) dan ingin menekankan bahawa Ahli-ahli Parlimen daripada pembangkang perlu bekerjasama dengan kerajaan untuk lebih baik melayani rakyat, dan tidak mengambil sikap angkuh atau bongkak.


"Datuk Seri Anwar menegaskan satu pandangan yang penting, iaitu Ahli-ahli Parlimen perlu bekerjasama dengan kerajaan bagi memastikan peruntukan kewangan digunakan untuk projek-projek yang memenuhi kepentingan negara dan keperluan rakyat.


"Ini salah satu prinsip asas dalam sistem demokrasi, di mana semua parti politik harus bekerjasama dalam parlimen untuk memacu pembangunan dan kemakmuran negara," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Andre Lai lagi, jaminan PM bahawa beliau tidak akan meminggirkan kawasan parlimen pembangkang adalah perkara yang tidak dilakukan oleh kerajaan sebelum ini, kecuali pentadbiran PM Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menandatangani perjanjian kerjasama dengan pembangkang Pakatan Harapan 2 tahun lalu.


Oleh itu, katanya, pembangkang seharusnya mengambil peluang untuk segera mengadakan rundingan dan mengemukakan bajet perbelanjaan kawasan.


"PM dengan tegas mendesak agar Ahli-ahli Parlimen terlibat dalam rundingan, menandatangani, dan meluluskan peruntukan. Ini adalah prinsip asas sistem demokrasi. Ahli-ahli Parlimen mewakili pengundi dan mereka harus aktif terlibat dalam proses penyediaan bajet serta pembuatan keputusan kerajaan.


"Namun, jika mereka mengambil sikap angkuh dan bongkak, menolak untuk bekerjasama, maka pengagihan peruntukan akan terjejas manakala rakyat akan menderita," katanya.


Bagi Andre Lai, lebih lama pembangkang meninggikan ego dan tidak mahu bekerjasama maka merekalah yang kelak menjadi punca kesukaran rakyat di kawasan masing masing, bukannya Kerajaan Perpaduan.


"Ahli-ahli Parlimen pembangkang perlu merenung siapa sebenarnya yang menghukum rakyat di kawasan pilihan raya mereka. Pintu rundingan kerajaan sentiasa terbuka, dan mengalu-alukan Ahli-ahli Parlimen pembangkang untuk berbincang dan berunding, tetapi mereka menolak rundingan


"Sebaliknya menggunakan peruntukan sebagai isu politik untuk mencari kepentingan politik peribadi, tanpa mengambil kira kesejahteraan rakyat.


"Peruntukan kewangan sebenarnya bukanlah alat politik, tetapi merupakan cara untuk meningkatkan kualiti kehidupan rakyat," katanya lagi.


Andre Lai yang juga Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur oleh itu mengingatkan pembangkang akan tujuan utama mereka diundi pada pilihanraya lalu, iaitu untuk berkhidmat kepada rakyat, bukannya untuk menjayakan politik peribadi, perkauman dan agama sempit.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page