top of page

Peruntukan sama rata Ahli Parlimen: Segera agih pembayaran September berdasarkan MoU - Syed Ibrahim



Peruntuan sama rata antara Ahli-ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang dalam memorandum kerjasama telah diumumkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Mastura Mohd Yazid akan dibayar mulai tahun ini.


Bagaimanapun, Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh mahu penjelasan bilakah tarikh pemberian sama rata itu akan dilakukan kerana jadual pembayaran peruntukan adalah dalam bulan September hingga Disember.


"Perkara ini memang telah termaktub dalam MoU yang ditandatangani. Justeru, wajar dilaksanakan selari dengan persefahaman tersebut.


"Soalnya bilakah akan dikeluarkan meskipun dikatakan bagi tempoh September hingga Disember tahun ini? Saya harap disegerakan supaya tindakan penyalurannya kepada rakyat dapat dilaksanakan segera mungkin oleh Ahli-ahli Parlimen.


"Juga berapakah jumlah peruntukan serta benarkah diberi sama rata? Dibimbangi disebut sama rata kepada umum untuk mempamerkan keadilan kerajaan namun hakikatnya Ahli Parlimen kerajaan ada kelebihan peruntukan melalui saluran lain. Ketelusan dalam hal ini penting supaya tidak disalah erti oleh rakyat," katanya kepada Suara Keadilan.


Mengenai isu pematuhan berbelas-belas janji lagi berdasarkan MoU, Syed Ibrahim berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu mengikut garis masa yang dipersetujui.


Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor menyeru agar 6 janji dalam perkara Pembaharuan Parlimen dilaksanakan segera memandangkan garis masa janji berkenaan adalah serta merta sebaik sahaja MoU ditandatangani pada 13 September lalu.


"Mengenai pembaharuan, hampir semua perkara dalam MoU telah ditetapkan jangka waktu pelaksanaannya. Apa yang penting ialah pematuhan dan pemantauan.


"Saya percaya perkara berkaitan reformasi parlimen seperti RUU Perkhidmatan Parlimen dan jawatankuasa pilihan khas, boleh disegerakan kerana ia mudah dilaksanakan tanpa banyak karenah.


"Saya berharap Jawatankuasa Pemandu MoU boleh kerap bertemu dan memaklumkan kepada umum tahap pelaksanaan MoU. Ia terkait rapat dengan pemulihan keyakinan rakyat kepada demokrasi, Parlimen dan wakil-wakil rakyat," katanya lagi.


Untuk rekod, hanya satu daripada janji Pembaharuan Parlimen telah diumumkan, iaitu peruntukan sama rata Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.


Ahli Parlimen kerajaan sebelum ini menerima peruntukan pembangunan sebanyak RM3juta setahun

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page