top of page

Peruntukan RM80 juta Pusat Jantung di Sabah bukti keprihatinan kerajaan



Pengumuman peruntukan segera RM80 juta bagi mewujudkan Pusat Jantung Negara di Sabah bukti komitmen dan keprihatinan kerajaan Persekutuan.


Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perkara itu berkata, kewujudan pusat itu akan memastikan kebajikan rakyat terpelihara sekali gus memperkasa kemudahan kesihatan di negeri itu.


Justeru beliau melahirkan penghargaan dan berterima kasih kerana Kerajaan Persekutuan amat memahami keperluan Sabah dan kepentingan rakyatnya.


"Dengan pengumuman ini, kita (kerajaan Sabah) amat senang hati kerana ini akan memudahkan pesakit jantung di Sabah, tidak lagi perlu dihantar ke Kuala Lumpur tetapi (rawatan) hanya boleh dilakukan di Kota Kinabalu.


"Inilah yang kita mahukan kerana aspek kesihatan cukup penting. Bukan sahaja kesihatan, tetapi juga pendidikan dan sebagainya.


"Kerajaan Persekutuan amat memahami dan ini amat kita hargai," katanya dipetik.

Perdana Menteri ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Kebangsaan berkata Pusat Jantung Negara di Sabah itu bakal menjadi pusat rawatan jantung kedua terbesar negara selepas Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur.


Penubuhan pusat itu berikutan kapasiti perkhidmatan kardiologi di Sabah yang terbatas sehingga menyebabkan ramai terpaksa mendapatkan rawatan di luar khususnya di Kuala Lumpur.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page