top of page

Peruntukan RM200 juta tekad kerajaan bantu lindungi hutan


Oleh: Abdullah Zaid


Peruntukan RM200 juta dalam Belanjawan 2024 melibatkan Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation (EFT) membuktikan komitmen kerajaan meningkatkan kawasan perlindungan hutan di negara ini.


Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (PH - Setiwangsa), Nik Nazmi berkata jumlah yang diperuntukkan itu menyaksikan peningkatan sebanyak tiga kali ganda berbanding Belanjawan 2023 sekali gus dapat memelihara hutan simpan negeri.


"Belanjawan 2023 kerajaan memperuntukan RM70 juta namun bagi belanjawan kali ini (2024) kenaikan kepada RM200 juta iaitu peningkatan sebanyak tiga kali ganda.


"Ia membantu kerajaan negeri memulihara kawasan hutan termasuk tadahan air dan sebagainya," katanya Dewan Rakyat, hari ini.


Selain itu, Nazmi berkata kerajaan juga pada ketika ini sedang melaksanakan inisiatif sukuk (bon) biodiversiti berjumlah RM1 bilion.


"Soal hutan ini ia di bawah seliaan kerajaan negeri maka kerajaan negeri akan mendapat manfaat daripada ini," ujarnya.


Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Dr Alias Razak (PN-Nerus) yang meminta usaha Kerajaan bagi memastikan negeri Pantai Timur khususnya Terengganu turut menerima dana pembiayaan daripada Global Environmental Facility (GEF) dan Green Climate Fund (GCF).

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page