top of page

Peruntukan RM 195,450 bela kebajikan bekas atlet, atlet para Selangor



Kerajaan Negeri Selangor komited membela kebajikan bekas atlet dan atlet para yang telah mengharumkan nama negeri dan negara.


Menurut Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Selangor, Mohd Khairuddin Othman, untuk tujuan itu Kerajaan Negeri telah memperkenalkan program Ceria Atlet Selangor sejak 2020 bagi membaikpulih kerosakan rumah dan sumbangan perabot kepada atlet terpilih.


"Pada 2021 ini, Kerajaan Negeri meneruskan usaha melalui program Ceria Atlet Para Selangor 2021 dengan tema ‘Hargai Jasa Atlet’. Berbanding program tahun lepas, program kali ini lebih memfokuskan kebajikan atlet-atlet para.


"Sebagai tanda penghargaan atas jasa dan pengorbanan anak-anak Selangor yang pernah mengharumkan nama Selangor dan Malaysia, peruntukan RM 195,450 disediakan bagi merealisasikan tujuan program ini.


"Antara bentuk bantuan yang disalurkan termasuk membaikpulih kediaman dan sumbangan pelbagai kelengkapan perabot yang melibatkan seramai 50 atlet sukan para dan bekas atlet," katanya dalam Majlis Pelancaran Ceria Atlet Selangor 2021, semalam.


Menurut beliau lagi, Kerajaan Negeri merakamkan penghargaan kepada Persatuan bagi Orang Buta Malaysia (MAB) dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri Selangor (PESRON), dan Majlis Paralimpik Malaysia dalam menjayakan program berkenaan.


Penghargaan juga, katanya diberikan atas penglibatan Penggerak Belia Selangor (PeBS) dan Selangor Volunteer (SERVE) untuk bersama menyumbang tenaga dan bantuan kepada peserta program.


"Pelaksanaan program Ceria Atlet Para Selangor 2021 diharapkan dapat menjadi penanda aras dalam menzahirkan keprihatinan dalam membela kebajikan atlet para dan bekas atlet.


"Jasa dan pengorbanan mereka dalam berjuang mengharumkan nama Malaysia dan Selangor dalam pentas sukan akan kekal dihargai oleh Kerajaan Negeri," katanya lagi

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page