Peruntukan Pendidikan 2026 berasaskan keperluan, bukan sentimen kaum
- Suara Keadilan

- 2 days ago
- 2 min read

Kerajaan MADANI membuktikan kebajikan rakyat dan peningkatan kualiti pendidikan sebagai keutamaan pada tahun 2026.
Sehubungan itu, Penyelaras DUN Bukit Melawati, Thiban Subbramaniam (gambar) merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pengumuman Inisiatif Pendidikan 2026 yang disifatkannya komitmen penting kerajaan dalam memastikan keadilan dan keterangkuman sistem pendidikan negara.
Menurut beliau, peruntukan pendidikan yang diumumkan itu menunjukkan pendekatan kerajaan yang berpaksikan kepada keperluan sebenar sekolah dan murid, tanpa mengira latar belakang agama atau kaum.
"Pengumuman peruntukan ini membuktikan bahawa kerajaan mengambil pendekatan berpaksikan keperluan sebenar sekolah dan murid," katanya dalam satu kenyataan.
Thiban berkata, antara peruntukan penting yang diumumkan termasuk peningkatan peruntukan kepada Sekolah Agama kepada RM200 juta bagi tahun 2026, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) sebanyak RM80 juta dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) berjumlah RM50 juta.
Selain itu, kata beliau, kerajaan turut menyediakan bantuan menyeluruh bernilai RM800 juta kepada murid termasuk Bantuan Awal Persekolahan serta sokongan kepada murid Orang Kurang Upaya (OKU) dan pendidikan khas.
"Pendekatan ini dengan jelas menunjukkan bahawa pendidikan adalah hak semua anak Malaysia, tanpa mengira latar agama atau kaum,dan peruntukan disalurkan berasaskan keperluan sebenar, bukannya sentimen atau tekanan politik," jelasnya.
Dalam pada itu, beliau menyangkal sekeras-kerasnya naratif pihak tertentu yang cuba memainkan isu agama dan kaum dalam soal peruntukan pendidikan, sambil menyifatkan tindakan tersebut bertujuan untuk mengelirukan rakyat.
"Tindakan sedemikian adalah tidak bertanggungjawab, mengelirukan rakyat dan hanya merosakkan usaha murni untuk memperkukuh sistem pendidikan negara," ujarnya.
Thiban turut memuji kepimpinan Perdana Menteri yang disifatkannya bersikap rasional dan inklusif dalam menilai keperluan setiap jenis sekolah, termasuk Sekolah Kebangsaan, SJK Cina, SJK Tamil, Sekolah Agama Rakyat dan Maahad Tahfiz yang daif.
"Saya percaya sekolah-sekolah yang memerlukan naik taraf, khususnya di kawasan luar bandar dan ladang, akan memanfaatkan peluang ini sebaik mungkin demi menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih selamat, selesa dan bermaruah untuk anak-anak Malaysia," katanya.
Beliau menegaskan bahawa langkah ini membuktikan Kerajaan MADANI kekal berpegang kepada idealisme reformasi yang berteraskan keadilan sosial serta kebajikan rakyat.
"Marilah kita menghentikan sebarang cubaan menghasut dan mempolitikkan isu pendidikan, sebaliknya bersama-sama menyokong usaha kerajaan demi masa depan anak-anak Malaysia," akhirinya.








Using technology to increase access to youth mental health support may offer a practical way for young people to reach guidance, safe-spaces, and early help without feeling overwhelmed by traditional systems. Digital platforms, helplines, and apps could give them a chance to seek support privately, connect with trained listeners-orexplore resources that might ease their emotional load. This gentle shift toward tech-based support may encourage youth to open-up at their own pace, especially when in-person help feels too heavy to approach.
There is always a chance that these tools-quietly make support feel closer than before, creating moments where help appears just a tap away. Even a small digital interaction might bring a sense of comfort. And somewhere in that space, you…
Detailed and practical, this guide explains concrete rebar in a way that feels approachable without oversimplifying. The step by step clarity is especially useful for readers new to the subject. I recently came across a construction related explanation on https://hurenberlin.com that offered a similar level of clarity, and this article fits right in with that quality. Great شيخ روحاني resource. explanation feels practical for everyday rauhane users. I checked recommended tools on https://www.eljnoub.com
s3udy
q8yat
elso9