top of page

Peruntukan pembangunan Belanjawan 2024 tinggi, pembangkang keliru



Oleh: Abdullah Zaid


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar Ahli Parlimen pembangkang meneliti semula pembentangan Belanjawan 2024 yang disifatkan oleh mereka sebagai ‘keliru’.


Hal itu, katanya kerana salah faham Ahli Parlimen, Ahmad Fadhli Shaari (Pas-Pasir Mas) yang mempersoal peruntukan pembangunan RM90 bilion bagi Belanjawan 2024 lebih rendah berbanding tahun sebelumnya, sedangkan belanjawan terdahulu dijumlahkan bersama pembayaran hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang bonnya matang pada 2023.


"Saya nak jelaskan sedikit kekeliruan kerana kata Pasir Mas, (Belanjawan) 2023, perbelanjaan RM97 bilion tetapi (Belanjawan) 2024 hanya RM90 bilion. Maknanya sekarang (Belanjawan 2024) kurang.


"Kalau baca (Pembentangan Belanjawan 2024) sebenarnya 2023 itu jadi RM97 bilion (kerana) RM13 bilion itu membayar hutang 1MDB. Jadi sebenarnya angka RM84 bilion.


"Ia disebut dalam buku Belanjawan Tinjauan Ekonomi Fiskal Belanjawan 2023, jadual 3.10, muka surat 49. Jadi lain kali baca dulu,” katanya dalam sesi penggulungan Belanjawan 2024 oleh Menteri Kewangan petang ini di Dewan Rakyat.


Jelas Perdana Menteri, bagi pembayaran hutang seterusnya dijangka akan dibayar pada tahun 2039 apabila satu lagi bon terbitan 1MDB matang.


"Jadi apakah tahun ini ada bayaran 1MDB? Tidak, ia mengikut jadual bayaran pada tahun 2036 kalau tak silap saya, jadi lambat lagi," ujarnya.


Pada 13 Oktober, menerusi Belanjawan Madani Kedua, kerajaan memperuntukan RM393.8 bilion perbelanjaan belanjawan tahun hadapan, sekali gus menyaksikan belanjawan tertinggi yang pernah dibentangkan dalam sejarah negara.


Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, daripada jumlah tersebut, RM303.8 bilion adalah untuk belanja mengurus, RM90 bilion untuk belanja pembangunan dan RM2 bilion simpanan luar jangka.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page