top of page

Peruntukan parlimen: 'Terlampau berpolitik, MP Bersatu hilang kepercayaan'



Tindakan 4 Ahli Parlimen (MP) Bersatu menyokong kepimpinan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tempoh tidak sampai 2 bulan menunjukkan betapa seriusnya perpecahan dalaman parti berkenaan dan Perikatan Nasional (PN).


Menurut Naib Ketua Pemuda AMANAH, Ammar Atan, tindakan Ahli Parlimen tersebut diambil berikutan rasa kecewa dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang tidak mahu berunding secara baik berkenaan peruntukan parlimen untuk menguruskan pembangunan kawasan.


"Ia (berpaling tadah) menunjukkan bahawa mereka (Ahli Parlimen) sudah hilang kepercayaan terhadap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memandangkan keempat-empat Ahli Parlimen tersebut (Gua Musang, Jeli, Kuala Kangsar dan Labuan) datang daripada parti berkenaan.


"Saya tidak terkejut jika lebih ramai Ahli Parlimen Bersatu mula menyokong PM Datuk Seri Anwar pada hari-hari mendatang.


"Tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia, kerajaan memerintah hari ini membuka pintu kerjasama dalam hal peruntukan khas kepada Ahli Parlimen pembangkang. Hatta semasa Tan Sri Muhyiddin berkuasa dahulu, mereka langsung tidak mahu bekerjasama.


"Pada masa yang sama, saya menyeru Ahli-ahli Parlimen PN bangkit dengan lebih tegas untuk menekan pimpinan utama mereka khususnya Hamzah Zainuddin selaku Ketua Pembangkang bagi dilaksanakan segera perbincangan bersama pihak kerajaan (mengenai peruntukan)," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut beliau, sekiranya perbincangan dilakukan dengan lancar sejak awal dan peruntukan diluluskan maka tidak akan berlaku perpecahan hebat dalam kalangan pemimpin Bersatu seperti hari ini kerana PM amat bersikap terbuka dalam hal pembelaan rakyat.


Manakala desakan Ahli Parrlimen PN untuk diberikan peruntukan kerana ianya adalah hak rakyat, katanya, amat tidak tepat sebab peruntukan itu tidak termaktub dalam mana-mana peraturan kewangan negara.


"Sudah-sudahlah berpolitik, jangan disalahkan PM kerana sedia menerima kerjasama segelintir Ahli Parlimen tertentu, tetapi cermin diri dahulu, mengapa anda terlalu angkuh dan sombong untuk berbincang? Khuatir maruah hilang? Atau sengaja mahu timbulkan persepsi bahawa kerajaan ini zalim?


"Mungkin juga sudah tiba masanya, Ahli-ahli Parlimen PN menggantikan Ketua Pembangkang yang hanya sibuk berpolitik 24 jam tanpa mengambil kira kepentingan Ahli-ahli Parlimen PN keseluruhannya," kata Ammar lagi.


Malah beliau mencadangkan nama Ahli Parlimen Ketereh, Mejar Jeneral Datuk Khlir Mohd Nor yang sangat tegas dan jelas dalam isu peruntukan parlimen untuk mengambil alih jawatan Ketua Pembangkang yang baharu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page