top of page

Peruntukan lebih RM6 bilion di Borneo tarik pelaburan ekonomi Nusantara



Kerajaan Perpaduan bertindak pantas untuk menyambut kemakmuran ekonomi dan pelaburan berikutan pembukaan ibu negara baharu Indonesia, Nusantara di Borneo.


Menurut Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli (PH - Pandan), peruntukan lebih RM10 bilion untuk dua negeri dan tambahan RM1 bilion yang dijanjikan dalam Belanjawan 2023 baru baru ini bakal menyediakan kemudahan terbaik di pintu sempadan Malaysia - Indonesia serta kemudahan jalan raya ke pekan pekan terdekat Sabah dan Sarawak dalam menyambut kemakmuran ekonomi Indonesia yang diharap menyediakan limpahan pelaburan.


"Kerajaan (dalam hal ini) mengambil maklum perancangan kerajaan Indonesia untuk menubuhkan ibu kota baharu Nusantara di Kalimantan Timur, Indonesia dan kerajaan percaya bahawa pembangunan ibu kota baharu itu bukan sahaja mengeratkan pembangunan kedua negara tetapi merancakkan ekonomi di kedua dua belah pihak, khususnya di Sabah dan Sarawak.


"Dengan tujuan tersebut, ada dua aspek diberi penekanan, pertama untuk memastikan ketersambungan insfrastruktur dan juga memperkukuhkan keselamatan sempadan serta maritim, untuk memastikan kita mendapat limpahan yang sama dari pembanguna ibu kota Nusantara itu


"Selain RM5.8 bilion peruntukan untuk 1,142 projek yang sedang berjalan di Sabah mengikut rolling plan 2 bagi tahun 2023 ini kerajaan telah menyemak semula dan mengemaskini keperluan projek pembangunan di Sabah, memastikan aspek insfrastruktur dan keselamatan.


"Ini ekoran dari beberapa siri mesyuarat pertama di antara Yang Amat Berhormat Tambun dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo, seterusnya beberapa keputusan dibuat di Mesyuarat Majlis Tindakan Perlaksanan Perjanjian Malaysia 1963,.


"Ekoran pengumuman PM peruntukan tambahan RM1 bilion untuk insfrastruktur sempadan pula, projek ini sedang dimuktamadkan dan dibawa RP 4," kata Rafizi menjawab soalan Ahli Parlimen Datuk Andi Mohamad Suryady Bandy (PH - Kalabakan).


Menurut beliau, keutamaan diberikan untuk membina kompleks kastam, imigresen dan kuarantin di Kalabakan dengan kos keseluruhan RM819 juta dan rundingan masih berjalan antara Kementerian Ekonomi dan Kementerian Dalam Negeri untuk projek berkenaan.


Begitu juga, katanya, pos sempadan di Long Pasia melibatkan kos projek RM25 juta, pos keselamatan dinaiktaraf PGA Pagar Lugas, pos di Tawau dengan kos RM5 juta dan pembinaan 27 landing pad.


"Dengan perancangan projek begini dan tambahan diumumkan, kita berharap dengan prasarana disediakan. Kita juga berharap limpahan ekonomi itu akan memberi manafaat kepada penduduk di sepanjang sempadan bila Nusantara itu beroperasi kelak," kata Rafizi lagi.


1 comment

Én kommentar


aswadi.adi80
01. mars 2023

Peruntukkan Borneo boleh nak bagi kelulusan pengeluaran KWSP one-off rakyat banyak alasan,mcmlah duit KWSP tu hak kerajaan,rakyat memerlukan KWSP tu untuk meneruskan

Lik

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page