top of page

Peruntukan KKM meningkat, tapi pegawai perubatan tidak ditambah



Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye mempersoalkan tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang hanya berdiam diri berhubung bilangan pegawai perubatan yang tidak bertambah.


Bekas timbalan menteri kesihatan berkata, pengambilan baharu perlu dibuat kerana beberapa pusat kesihatan tidak mempunyai tenaga kerja yang mencukupi untuk melakukan ujian saringan Covid-19.


"Memang dalam peruntukan pengurusan dan pembangunan, ada sedikit penambahan peruntukan keseluruhan iaitu 4.38 peratus, tetapi kalau lihat perjawatan untuk 2019, 2020 dan 2021 memang statik, tidak ada penambahan.


"Walaupun kita sedang menghadapi pandemik Covid-19 khususnya dalam kesihatan awam, di mana peringkat akar umbi, mereka telah tertekan dari segi pengesanan dan sebagainya.


"Tidakkah wajar KKM merancang untuk menambahkan jawatan kesihatan awam supaya boleh menangani masalah pengesanan kontak yang nampak sekarang sudah terlalu lewat dari segi isolasi kontak dan sebagainya," katanya di Dewan Rakyat.


Dr Lee juga meminta Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba supaya mengkaji semula masalah yang dihadapi pegawai perubatan lantikan kontrak dan latihan pakar.


"Terima kasih kepada KKM kerana selaraskan pegawai perubatan UG41 dan UG43 seperti keputusan kabinet Pakatan Harapan (PH) dulu dan telah terlaksana.


"Walaupun ada kursus sarjana untuk menjadi pakar, tetapi untuk mereka layak memohon hadiah latihan persekutuan, mereka mesti ada jawatan tetap, jadi pegawai lantikan kontrak, kalau syarat tidak dikaji semula mereka tidak layak dapat dan tidak boleh ikuti kursus di IPTA dan IPTS berkenaan kursus untuk menjadi pakar.


"Jadi KKM perlu kaji semula syarat tersebut," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page