top of page

Peruntukan belanjawan tertinggi bukti Sabah, Sarawak dibela



Oleh: Abdullah Zaid


Peruntukan tertinggi bagi Sabah dan Sarawak adalah bukti komitmen kerajaan untuk membela rakyat di negeri itu selaras dengan perjanjian Malaysia 1963.


Bagaimanapun, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan dalam penggulungan Belanjawan 2024 mengakui peruntukan masih belum mencukupi untuk pembangunan yang lebih mampan.


"Apakah ia boleh selesaikan semua masalah, saya akui tidak boleh dan mengambil waktu.


"Justeru, saya pertahankan keperluan menambah (peruntukan) Sabah dan Sarawak sebab ada kesenjangan di antara Semenanjung dan Sabah, Sarawak," katanya dalam di Dewan Rakyat, petang ini.


Bagi mengisi ruang kesenjangan itu, Anwar berkata, kerajaan pada ketika ini menyediakan pemberian khas sebanyak RM 300 juta kepada Sabah dan Sarawak selain suntikan besar daripada Petronas untuk kemajuan di negeri Borneo berkenaan.


"Bagi pemberian khas yang disebut interim dinaikkan RM 300 juta untuk Sabah dan Sarawak.


"Selain itu, suntikan besar dari Petronas untuk Sabah (RM6.6 bilion) dan Sarawak (RM5.8 bilion) juga diperuntukan," katanya.


Sementara itu, untuk memastikan pelaksanaan projek pembangunan di Sabah dan Sarawak bergerak lancar, Perdana Menteri memberi kelonggaran kepada mana-mana projek perolehan di bawah RM50 juta diserah sepenuhnya kepada Kerajaan Negeri untuk membuat keputusan dan pelaksanaan.


"Begitu juga, Pelabuhan Bintulu kita serah kepada kerajaan Sarawak mengikut persefahaman Perjanjian Malaysia 1963 yang mana pelabuhan diserahkan kepada Kerajaan Negeri.


"Selain itu, kerajaan Sarawak dan Sabah mahu perkhidmatan udara desa dirunding jika mampu diambil oleh Kerajaan Negeri. Saya bersetuju untuk mempercepatkan proses berkenaan," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page