top of page

Peruntukan: Ahli Parlimen pembangkang tak faham konsep Madani



Tindakan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) mempertikai jumlah peruntukan diberikan Kerajaan Persekutuan untuk Sabah dan Sarawak amat keterlaluan.


Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Razeef Rakimin berkata tindakan mempersoal jumlah peruntukan itu dengan mendakwa kedua-dua negeri tersebut mendapat dana melebihi Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis membuktikan bahawa Ahli Parlimen berkenaan tidak faham konsep kesaksamaan Malaysia Madani yang dibawa kerajaan.


"Dua wilayah Sabah dan Sarawak ini lebih besar dari semua 11 negeri di Semenanjung dari segi geografi


"Keluasan Sabah dan Sarawak sahaja 198,354 km persegi manakala Semenanjung Malaysia hanya 131,598km persegi," katanya dalam satu kenyataan.


Razeef berkata begitu sebagai mengulas tindakan Ahli Parlimen pembangkang yang menyatakan rasa kurang sedang apabila Sarawak diberi 18% peruntukan Belanjawan 2023 berbanding Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis yang didakwa hanya memperolah 17% keseluruhan.


"Ahli Parlimen PN mana yang persoal dan tidak puas hati peruntukan besar untuk Sabah dan Sarawak masa penggulungan Menteri Ekonomi?


"Keempat-empat negeri berkenaan hanya mempunyai keluasan 38,314km persegi dengan jumlah polulasi 5.3 juta manakala Sarawak mempunyai keluasan 124,450km persegi, 3.25 kali ganda lebih luas dengan populasi 3.2 juta orang.


"Dengan kemiskinan dan kedaifan infrastruktur, sudah tentu dua wilayah Sabah dan Sarawak ini memerlukan peruntukan yang lebih besar," jelasnya.


Beliau sementara itu turut mengingatkan pemimpin pembangkang bahawa keadilan tidak bermaksud dana perlu diberi secara sama rata.


Sebaliknya mencukupkan apa yang kurang agar semua negeri setaraf dan sama rata.


"Kalau Ahli Parlimen pembangkang faham #MalaysiaMADANI yang dibawa kerajaan perpaduan saya rasa mereka akan faham keperluan sebenar rakyat dan negara serta apa yang seharusnya kerajaan beri.


"Dan mereka tak kan meroyan di Parlimen mempersoalkan peruntukan untuk wilayah Borneo," tegasnya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page