top of page

Perubahan banyak berlaku dalam pelbagai peringat pentadbiran



Kerajaan Perpaduan meskipun merupakan gabungan pelbagai aliansi politik namun dalam tempoh hampir dua tahun telah berjaya membawa reformasi atau perubahan dalam pelbagai peringkat pentadbiran.


Menurut Presiden KEADILAN, Datuk Seri Awar Ibrahim, pengkaji agenda reformasi mungkin tidak perasan perubahan pesat juga telah melanda institusi parlimen.


Katanya, begitu banyak jawatankuasa pilihan khas telah ditubuhkan bagi menjaga keseimbangan fungsi parlimen bagi dimanfaatkan oleh kedua belah pihak, kerajaan dan pembangkang. Begtu juga, kata Anwar, bidang kehakiman.


"Dalam parlimen, perubahan dari segi (kewujudan) jawatankuasa pilihan khas belum pernah berlaku sebagaimana sekarang. Ini juga agenda reform


"Sekarang ini badan kehakiman dikenali sebagai badan bebas. Belum ada satu kes saya panggil Ketua Hakim dan berunding menyelesaikan masalah.


"Ada teguran termasuk afidavit TPM baru baru ini. Saya turut diserang. Saya tidak faham apa masalah dia.


"Saya jawab ini menyinggung peranan Lembaga Pengampunan dan titah wewenang Yang di-Pertuan Agong. Itu jawapan bagi saya mengikut perbincangan dengan Peguam Negara dan maklumat dari Sultan dan Agong. Kita tidak padamkan rekod dan keputusan hakim.

Tidak cuba ringankan apa apa keputusan dibuat hakim," katanya dalam ucapan sempena ualang tahun ke 25 KEADILAN di IDCC, Shah Alam.


Anwar juga mengingatkan, agar agenda reformasi jangan mengikut selera segelintir tokoh tertentu tetapi perlu mengutamakan kehendak dan keperluan rakyat.


"Harapan itu menggunung tinggi mencabar kita untuk bertindak. Tetapi untuk memenuhi selera kelompok kecil dan mengorbankan perjuangan jangka panjang itu bukan waras dan bijaksana.


"Kita memerlukan kebijaksanaan. Jangan sekali kali undur dari agenda reform tetapi jangan sekali kali gopoh untuk bertindak memenuhi selera elit yang hanya menggagaskan perubahan, tidak fikir sama sekali kesan politik. Tidak renung kestabilan dan tidak renung apakah perubahan itu dapat menarik minta serta mengekalkan dukungan di kalangan rakyat.


"Ada major disconect di antara gagasan perubahan segera dengan kesediaan rakyat. Yang tidak boleh kita tolak ansur ialah kebebasan badan kehakiman, badan penguatkuasaan. Sama ada Peguam Negara, polis, SPRM, LHDN mereka harus bertindak tegas tanpa campurtangan politik," katanya lagi.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page