top of page

'Akta Laut Wilayah 2012 tidak boleh dicabar di DUN' - Azan



Oleh: Abdullah Zaid


Keputusan sidang DUN Terengganu yang didominasi ADUN Pas menolak Akta Laut Wilayah 2012 baru baru ini dilihat satu percubaan parti itu untuk mengelirukan rakyat mengenai hak hasil petroleum yang dikatakan milik negeri sedangkan berdasarkan undang undang ianya milik kerajaan pusat.


Ketua Cabang KEADILAN Kuala Terengganu, Azan Ismail berkata, cara yang paling betul menguruskan perbezaan pandangan itu adalah dengan Ahli Parlimen Terengganu menyuarakan bantahan mereka di Dewan Rakyat dan bukannya dalam sidang DUN yang tidak mempunyai kuasa terhadap akta berkenaan.


Hal itu, katanya jauh lebih efektif berbanding gimik ahli politik Pas menolak akta terbabit dalam sidang DUN yang langsung tidak memberi apa-apa kesan.


"Akta itu dibahas dan diluluskan di Parlimen, mana boleh mana-mana kuasa negeri mengatasi Dewan Rakyat.


"Akta itu secara jelas tidak boleh dicabar (di DUN) tetapi mereka sengaja mengelirukan rakyat. Sepatutnya mereka bantah di Parlimen," katanya kepada Suara Keadilan.


Azan mengulas isu usul menolak Akta Laut Wilayah 2012 yang diluluskan sebulat suara oleh DUN Terengganu yang dianggotai 32 ADUN Perikatan Nasional (PN) pada 25 April lalu.


Susulan itu, Menteri Besar (MB) Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, usul penolakan tersebut merupakan sebahagian usaha Kerajaan Negeri untuk mendapatkan semula wang royalti hasil minyak daripada Kerajaan Persekutuan.


Bagaimanapun, Azan berpendapat tindakan ahli politik Pas Terengganu itu hanya akan menyulitkan keadaan kerana sebelum ini Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin menitahkan agar Kerajaan Negeri mengeratkan hubungan antara negeri dan Persekutuan.


"Dalam ucapan tuanku jelas menitah Kerajaan Negeri perlu eratkan hubungan dengan Kerajaan Persekutuan.


"Namun, saranan tuanku dibalas dengan usul yang berlawanan dengan apa yang dititahkan oleh baginda, ini seperti menderhaka dengan apa yang dititahkan oleh tuanku," ujarnya lagi.


Untuk rekod, Pas Terengganu menghadapi kritikan rakyat pada waktu ini kerana Akta Laut Wilayah 2012 langsung tidak disentuh oleh parti itu ketika mereka menjadi sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan pada 2020 - 2022 lalu.


Keengganan Pas meminda akta berkenaan memberi dampak bahawa mereka mengiktiraf undang undang berkenaan dan hanya menolaknya apabila telah menjadi pembangkang selepas November 2022.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page