top of page

Pertubuhan silat seru rakyat N Sembilan tolak naratif kebencian

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 9 hours ago
  • 1 min read
Dr Mohd Ridzuan bercakap kepada pemberita selepas program Flash Mob Tunjuk Sokongan kepada Yam Tuan
Dr Mohd Ridzuan bercakap kepada pemberita selepas program Flash Mob Tunjuk Sokongan kepada Yam Tuan

Pertubuhan Seni Silat Burung Rajawali Puteh Negeri Sembilan menyeru rakyat supaya menolak politik berasaskan sentimen kaum, agama dan institusi diraja (3R) yang semakin kerap dimainkan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.


Presidennya, Dr Mohd Ridzuan Ismail berkata, retorik perkauman yang dimainkan bukan sahaja tidak sihat malah berpotensi menjejaskan keharmonian masyarakat.


Justeru beliau mahu rakyat menilai parti dan calon berdasarkan rekod perkhidmatan, dasar serta manifesto yang dibawa, bukannya terpengaruh dengan naratif kebencian atau ketakutan.


"Kita lihat ada pihak yang menggunakan sentimen 3R sebagai medium serangan politik. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia boleh mengundang perpecahan dalam kalangan masyarakat.


"Gunalah ruang kempen untuk membentangkan perancangan dan tawaran kepada rakyat. Jangan jadikan isu kaum, agama dan institusi diraja sebagai alat untuk meraih simpati atau sokongan politik," katanya dipetik laporan media.


Beliau berkata demikian selepas program Flash Mob Tunjuk Sokongan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, di Seremban pada Khamis.


Perhimpunan tersebut diadakan sebagai tanda sokongan dan menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan selain menzahirkan pendirian rakyat yang mahu melihat institusi diraja terus dihormati serta dipelihara daripada sebarang polemik politik.


"Kita berhimpun hari ini bukan kerana kepentingan mana-mana parti politik, tetapi demi mempertahankan institusi raja, adat Negeri Sembilan, agama Islam dan perpaduan rakyat.


"Sebagai rakyat kita perlu menghormati proses yang sedia ada dan mendoakan agar segala urusan yang melibatkan adat serta institusi diraja dapat diselesaikan dengan baik.


"Tidak wajar mana-mana pihak menjadikan perkara ini sebagai batu loncatan untuk mencapai kepentingan politik tertentu," katanya.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page