top of page

Pertikai bahan bacaan PMX, netizen jangan ghuluw, jumud - AMK P Pinang



Oleh: Abdullah Zaid


Sikap suka ‘mempertikai’ tidak tentu hujung pangkal para netizen atau warga net terhadap Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sewajarnya melibatkan semua perkara.


Sikap itu menjadi keterlaluan apabila baru baru ini warga net pro pembangkang mempersoal bahan bacaan PM dalam pesawat penerbangan pulang selepas selesai lawatan beliau ke Jerman.


Bagi Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang, Abshar Nurasyraf, tidak wajar warga net mengecam kononnya buku yang dibaca PM, karya novelis terkenal dunia Gabriel Garcia Marquez, tidak sesuai dibaca kerana jalan cerita yang tidak mengikut lunas Islam.


"Pertama dalam hal ini kita tidak boleh ghuluw (melampau) dan jumud melihat pada sikap cytro pembangkang yang jelas membenci secara keterlaluan dan sering mempertikai apa sahaja yang Perdana Menteri lakukan.


"Perasaan benci membuak-buak, menebal dan keterlaluan ini amat membuang masa (warga net) malah hanya mendatangkan mudarat kepada diri sendiri," katanya kepada Suara Keadilan.


Terdahulu, dalam satu hantaran di Facebook seorang warga net bangkit mempersoal bahan bacaan pemimpin nombor satu negara itu.


Katanya, novel ‘Until August’ itu mempunyai kandungan yang tidak Islamik selain ‘menyarankan’ agar karya sasterawan tersebut tidak dimasukkan dalam silibus mata pelajaran Bahasa Inggeris.


Mengulas lanjut, Abshar berkata, bahan bacaan tidak seharusnya dijadikan isu mahupun modal politik memandangkan semua perkara boleh dibaca bagi menambahkan ilmu, pengalaman dan daya intelek.


"Perdana Menteri pun sebelum ini sering mengingatkan rakyat Malaysia untuk mencari, membekal dan mempersiapkan diri dengan ilmu dan memperbaiki sahsiah diri dengan amalan budaya membaca.


"Malah beliau banyak kali mengalakkan penerbit syarikat tempatan menghidupkan penerbitan buku dalam pelbagai bahasa karya tempatan yang dipandang oleh masyarakat dunia.


"Takkan lah sikap beliau yang gemar membaca buku yang luas dan pelbagai itu pun mereka nak pertikai," soalnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page