top of page

Pertemuan BIMP-EAGA: Malaysia bakal raih nilai ekonomi leboh tinggi



Pertemuan pada 10 Mei lalu dalam mesyuarat BIMP-EAGA (Brunei-Indonesia-Malaysia-Philipines East ASEAN Growth Area) ke-15 dan Bank Pembangunan Asia (ADB) di Labuan Bajo, Nusa Tenggara Tengah (NTT) Indonesia, cukup memberansangkan dan bakal meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara pada masa hadapan.


Menurut Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Razeef Rakimin, hasil pertemuan tersebut diharap bakal merangsang negara menjadi pemain besar kewangan di Asia Tenggara.


"Malaysia telah menyatakan persetujuan untuk mengadakan kerjasama dengan ADB menerusi pertemuan dengan Presiden ADB, Masatsugu Asakawa berkaitan bidang tenaga dan perubahan iklim dalam pembinaan kapasiti, bantuan teknikal serta ekonomi hijau.


"Malaysia akan merangka kerja perjanjian kerjasama dengan ADB melibatkan sektor swasta serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).


"Selain menyatakan sokongan terhadap komitmen Malaysia menjadi negara bebas karbon menjelang 2050, ADB akan menerbitkan laporan Pelan Tindakan Perubahan Iklim ASEAN yang akan membolehkan Malaysia meneroka lebih banyak peluang untuk kerjasama serantau.


"Keputusan ini sekaligus bakal meningkatkan kerjasama ADB dengan Malaysia melalui BIMP-EAGA bagi kawasan Pertumbuhan Asean Timur Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina," katanya dalam satu kenyataan.


Dalam pertemuan itu juga, kata Razeef, Anwar memuji komitmen teguh pemain utama sektor pelancongan subrantau BIMP-EAGA dalam menggiatkan semula industri melalui penyelesaian inovatif.


Beliau menekankan sumber tenaga lestari mesti diiktiraf sebagai keutamaan dan pengupaya kritikal peralihan tenaga bersih bagi BIMP-EAGA selain peranan penting teknologi maklumat dan komunikasi dalam mencapai ekonomi digital ASEAN.


Manakala, katanya, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli yang turut hadir memberitahu prestasi ekonomi subrantau (BIMP-EAGA) telah pulih dengan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 3% pada 2021 berbanding penguncupan -1% pada 2020.


Begitu juga, gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi ekonomi subrantau BIMP-EAGA pada 2021 berjumlah AS$358.6 bilion (RM1.592 trilion) dan berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran 20% menjelang 2025, sementara jumlah dagangan barangan meningkat sebanyak AS$65.8 bilion (RM292.152 bilion) pada tahun 2022.


"Peningkatan ekonomi ini dilihat sebagai peluang yang amat baik bagi negara terus membangun dan keluar dari krisis ekonomi.


"Peluang ini perlu diambil dan dilaksanakan segera agar Malaysia menjadi negara yang telah bersiap sedia dalam mendepani pelbagai krisis ekonomi global yang sebelum ini diramal oleh ramai penganalisis ekonomi dunia," katanya.


Tambah Rafizi, pemeteraian Rangka Kerja Kerjasama Ekonomi antara BIMP-EAGA dan Jepun bakal membuka lebih banyak peluang dan pelaburan selepas pemeteraian dibuat.


Hal itu merupakan peluang terbaik kepada pemain industri ekonomi sama ada Perusahaan Kecil dan Sederhana mahupun sektor ekonomi besar yang dijangka membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan membantu mengurangkan pengangguran dalam negara.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page