top of page

Pertarungan masih berterusan, minggu depan Undi Belah Bahagi - DAP



Tidak meminta Undi Belah Bahagi dalam sesi pengundian pusingan pertama Belanjawan 2021 petang semalam merupakan strategi Pakatan Harapan (PH).


Menurut Ketua Whip Parlimen DAP, Anthony Loke Siew Fook, beliau mengarahkan Ahli Parlimen DAP agar tidak bangun meminta belah bahagi supaya memberi gambaran pembangkang tidak menolak keseluruhan belanjawan.


"Mengapa kita tidak undi belah bahagi? Sebabnya kita tidak menolak keseluruhan belanjawan tersebut. Ada perkara yang kita boleh bersetuju dan sokong seperti pembayaran gaji untuk kakitangan awam, elaun khas untuk frontliners, bantuan tunai kepada rakyat, subsidi gaji untuk majikan, peruntukan pengangkutan seperti MY30 dan lain-lain yang memberi manfaat terus kepada rakyat.


"Namun, banyak juga peruntukan yang kita tolak seperti RM85 juta untuk JASA, pemotongan peruntukan untuk pelbagai jenis aliran sekolah dan isu-isu lain yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen pembangkang.


"Maka kita akan membantah dan menolak peruntukan yang kita tidak setuju di peringkat jawatankuasa Kementerian masing-masing. Contohnya, kita akan minta undi belah bahagi tolak belanjawan Kementerian Komunikasi dan Multimedia kerana JASA merupakan agensi di bawah kementerian tersebut," katanya dalam satu kenyataan di Facebook.


Menurut Anthony lagi, sekiranya lebih 15 Ahli Parlimen PH bangun semalam dan mencukupi syarat meminta diadakan Undian Belah Bahagi maka bagaimanakah serangan media yang akan dihadapi PH selepas itu?


Tentunya PH akan ditohmah mensabotaj bayaran gaji dan elaun perkhidmatan awam serta melanggar titah Yang di-Pertuan Agong.


"Mereka akan tuduh PH ingkar nasihat Agong, tidak mahu gaji kakitangan awam dibayar, tidak menyokong bantuan B40, menyekat elaun hidup untuk petani dan nelayan. Mereka akan memainkan sentimen rakyat dengan pelbagai tuduhan


"Sebagai Ketua Parlimen untuk blok Ahli Parlimen DAP, saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap keputusan memberi arahan kepada Ahli-ahli Parlimen DAP tidak meminta undi belah bahagi selepas mendapat mesej daripada pihak Ketua Pembangkang.


"Saya faham ramai ahli dan penyokong merasa amat kecewa terhadap keputusan ini dan mengecam tindakan kita. Saya memohon maaf secara terbuka sekiranya saudara dan saudari merasakan keputusan itu adalah satu keputusan yang salah.


"Saya hanya boleh menjanjikan bahawa semua Ahli Parlimen DAP akan pastikan bahawa mulai Isnin depan…….The fight will go on," katanya memberi keyakinan.


Ahli Parlimen Seremban itu juga mengingatkan penyokong DAP agar tidak termakan propaganda pemerintah kononnya Belanjawan 2021 telah pun diluluskan.


Belanjawan mempunyai tiga pusingan pengundian dan semalam adalah yang pertama. PH masih boleh mengalahkan kerajaan Perikatan Nasional dalam pengundian peringkat jawatankuasa dan pengundian akhir pada 15 Disember depan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page