top of page

Pertandingan Mobile Legend Tertutup Sipitang Piala Ketua Cabang Sipitang meriah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 20, 2025
  • 1 min read
Peserta anak muda teruja menyertai Pertandingan Mobile Legend Tertutup Sipitang, Piala Ketua Cabang
Peserta anak muda teruja menyertai Pertandingan Mobile Legend Tertutup Sipitang, Piala Ketua Cabang

Dewan Tepekong, Tanjung Pagar baru baru ini gamat dengan kehadiran luar jangka anak muda dan belia yang membanjiri Pertandingan Mobile Legend Tertutup Sipitang, Piala Ketua Cabang KEADILAN Sipitang, bersempena sambutan Hari Malaysia 2025.


Pertandingan e-sukan itu menjadi simbol kebersamaan serta mencerminkan bakat, disiplin dan daya juang generasi muda Sipitang yang semakin menyerlah dalam dunia digital.


Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Cabang KEADILAN Sipitang, Wendey Agong Baruh yang mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada anak muda menyokong penganjuran itu.


"Acara ini bukan sekadar pertandingan, tetapi wadah pembangunan bakat dan semangat perpaduan anak muda, seiring aspirasi Hari Malaysia," katanya.

Wendey Agong Baruh (kanan) menyalami peserta muda pertandingan mobile legend
Wendey Agong Baruh (kanan) menyalami peserta muda pertandingan mobile legend

Penganjur juga merakamkan penghargaan atas sokongan dan sumbangan bersama daripada Datuk Zuraidi Rahim, Pengerusi Anak Muda Madani Kedah merangkap Pimpinan Angkat DUN Sindumin; Wendey Agong Baruh; Ketua Cabang KEADILAN Sipitang; Datuk Sangkar Rasam, Pimpinan Angkat DUN Sindumin; serta Ketua Wanita KEADILAN Sipitang, Junaidah Makku @ Junn.


Hadiah pertandingan yang ditawarkan johan: RM1,500; naib johan: RM1,000; ketiga: RM500; keempat RM200 dan kelima hingga kelapan RM100 setiap pasukan.


Pertandingan ini sekali lagi mengiktiraf e-sukan sebagai medium penting untuk membina bakat, daya saing dan perpaduan generasi muda, menjadikan Sipitang antara daerah yang aktif mendorong perkembangan arena digital anak muda.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page