top of page

Pertandingan DJ Kebangsaan 'Beat Thalaivan' cungkil bakat muda industri hiburan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 16
  • 2 min read

Dr Gunaraj menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Akhir DJ Kebangsaan 'Beat Thalaivan' 2025
Dr Gunaraj menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Akhir DJ Kebangsaan 'Beat Thalaivan' 2025

Oleh: Akmal Manaf


Pertandingan Akhir DJ Kebangsaan 'Beat Thalaivan' 2025 melabuhkan tirainya semalam dengan persembahan penuh tenaga daripada anak muda, menyaksikan para finalis memberikan aksi terbaik bagi merebut gelaran juara.


Menurut satu kenyataan, pertempuran muzik antara DJ seni muzik versi Bahasa Tamil yang julung kali diadakan di peringkat kebangsaan itu, telah merebut gelaran Disc Jockey (DeeJay) Terbaik Malaysia Musim Pertama.


"ADUN Sentosa, Dr Gunaraj George merangkap Pegawai Khas Perhubungan Masyarakat kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari telah menganjurkan pertandingan tersebut.


"Artis-artis undangan adalah seperti Psychomatra, Santesh dan Arvin Raj menghangatkan pentas dengan persembahan istimewa.


"Program ini turut menampilkan kerjasama Tuan Jack daripada Agenda Suria dan kehadiran juri-juri berpengalaman seperti DJ Naughty, DJ Dass, Dan DJ Moski.


"Program ini merupakan satu Lagi inisiatif Kerajaan Selangor dalam usaha mencungkil bakat anak muda dalam bidang hiburan dan muzik profesional," kata kenyataan itu.

Salah seorang peserta Pertandingan Akhir DJ Kebangsaan 'Beat Thalaivan' 2025 beraksi
Salah seorang peserta Pertandingan Akhir DJ Kebangsaan 'Beat Thalaivan' 2025 beraksi

Dalam kenyataan berasingan, Dr Gunaraj merakamkan ucapan tahniah kepada semua peserta yang telah menggegarkan pentas Beat Thalaivan 2025.


Beliau menyifatkan, peserta yang terlibat adalah ikon generasi kreatif Malaysia.


"Sebak dan bangga apabila DJNASH, pemenang utama malam ini, berkongsi kisahnya iaitu abang dan kakaknya adalah graduan universiti, namun beliau membuktikan bahawa kejayaan juga boleh dicipta melalui bakat dan minat dalam industri hiburan moden.


"Syabas jugq kepada penganjur bersama MoneyBoy RJEO dan Hardee Bee, Trinity Solution. Pengacara Majlis MC Kajen daripada Johor dan MC Maruthi daripada Penang.


"Terima Kasih juri yang berpengalaman DJ Naughty, DJ Moski dan DJ Dass yang telah berkongsi tips. Tidak dilupakan artis tempatan yang turut hadir untuk memberi sokongan padu Psychomantra, Arvin Raj dan Santhesh yang turut hiburkan hadirin.


"Tanpa Mr Jaq Agenda Suria Communication, tiada wujud pentas untuk anak muda kita. Setinggi-tinggi penghargaan kepada beliau dan penyumbang lain yang turut menjayakan program ini," ujarnya lagi.


Dalam pertandingan itu juara membawa pulang wang tunai RM5,000; tempat kedua RM3,000; tempat ketiga RM2,000; dan keempat RM1,000. Manakala sagu hati RM500 setiap seorang.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page