top of page

Pertandingan Bolasepak Campuran Veteran, AMK pupuk semangat kebersamaan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 20
  • 1 min read

ree

Semangat kebersamaan antara golongan veteran dan anak muda amat perlu dalam mengukuhkan struktur masyarakat.


Untuk itu Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Jerai, Kedah dengan kerjasama NGO Suara Madani kelmarin menganjurkan Pertandingan Bolasepak Campuran Veteran dan AMK.


Menurut satu kenyataan, pertandingan yang diadakan di Padang Havard, Bedong itu mendapat sokongan menggalakkan daripada masyarakat setempat.


Otai bola sepak bersama anak muda bergandingan memupuk semangat kebersamaan
Otai bola sepak bersama anak muda bergandingan memupuk semangat kebersamaan

"Pertandingan yang diadakan pada hari ini berjalan dengan cukup meriah di Padang Havard, Bedong dengan mengandingkan golongan anak muda dan orang lama yang begitu meminati sukan bola sepak.


"Selain memastikan aktviti sukan sebegini dapat terus aktif, program lebih memfokuskan usaha bagi mewujudkan hubungan baik antara semua peringkat umur, khususnya kepada penduduk di kawasan parlimen Jerai," kata kenyataan itu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page