Pertama kali alasan bubar Parlimen untuk selamatkan penyamun - Mat Sabu
- Suara Keadilan

- Oct 21, 2022
- 2 min read

Sepanjang 60 tahun kerajaan Malaysia sentiasa mempunyai alasan yang kukuh untuk membubarkan parlimen, namun hal itu tidak terjadi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.
Menurut Presiden Amanah, Mohamad Sabu, buat pertama kali Perdana Menteri kali ini terpaksa membubarkan Parlimen dengan alasan yang tidak jelas.
"Semua orang tahu parlimen dibubarkan sejak zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn, Tun Mahathir, Abdullah Badawi.
"Selaluya mereka mencari tajuk, apa tujuan parlimen dibubarkan. Di antaranya mereka menyebut untuk meneruskan usaha pembangunan. Untuk menjadikan Malaysia negara muhibah antara kaum, pembanguna kepada rakyat.
"Tetapi di zaman Ismail Sabri parlimen dibubar untuk menyelamat para penyamun.
"Ini sejarah bagi Malaysia. Siapa berkata begitu? Presiden Umno. Kalau kita tak menang pilihan raya kali ini mu mu mu akan dihadap ke mahkamah. Ertinya mereka semua perompak," katanya.
Mohamad berkata, rakyat Malaysia tidak seharusnya diperbodohkan lagi dengan PRU yang dipaksakan kali ini
Seharusnya mereka membuat perubahan bagi menghukum pemimpin yang gila kuasa atau yang mahu melepaskan diri dari hukuman penjara.
"Sampai bila rakyat Malaysia nak diperbodohkan? Tak kira banjir, tak kira ribut, taufan asalkan kami jangan masuk jel.
"Caranya ambil kerajaan. Gunakan isu Melayu - Islam dan bahaya DAP.
"Dapat kuasa, yang pertama sudah tentu tukar Peguam Negara, tarik balik kes, selamatlah penyamun itu
"Tak kanlah rakyat Malaysia yang merdeka lebih 60 tahun tak boleh faham perkara ini? Ada di antara tuan tuan, anak cucu nak sokong Umno BN - PN?
"Kalau ada kamu menjadi makhluk yang paling pelik dalam dunia," katanya.
Perubahan kali ini, kata Mat Sabu amat penting kerana hanya dengan cara itu ketirisan RM60 bilion setahun dapat dihalang dan dana yang besar itu boleh diperuntukkan untuk kesejahteraan rakyat.
Mohamad juga menasihatkan bakal PM Malaysia ke 10 agar tidak mengikut perangai bejat PM Najib Razak sebelumnya yang mencuri wang rakyat.
"Saya nasihat bakal PM dan isteri Kak Wan Azizah, dengarlah nasihatku ini. Bila jadi PM nanti bersama Kak Wan, carilah harta sepencarian. Jangan jadi Perdana Menteri dulu dengan isterinya, mereka mencari harta sepencurian
"Tiap tiap malam mereka bincang, abang dah curi banyak mana? Tak ada, baru RM42 juta yang mereka tahu yang mereka tak tahu banyak lagi," katanya disambut gelak ketawa lebih 5,000 hadirin yang memenuhi Ipoh Convension Centre, malam tadi.




Comments