top of page

Pertahankan perpaduan pelbagai kaum sebagai tunjang kekuatan - PM

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 4 hours ago
  • 1 min read
DS Anwar bersama barisan Kabinet dalam majlis menyampaikan Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, malam tadi
DS Anwar bersama barisan Kabinet dalam majlis menyampaikan Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, malam tadi

Rakyat Malaysia diseru agar terus memelihara negara dan mempertahankan perpaduan sebaik-baiknya sebagai tunjang kekuatan Malaysia.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kemerdekaan bererti bebas menentukan haluan sendiri dan yakin akan kekuatan sebagai bangsa yang bermaruah serta negara berdaulat.


Segala yang dikecapi rakyat pada hari ini tegasnya hadir dengan pengorbanan generasi terdahulu dan bukannya diperoleh dengan mudah.


"Segala yang kita kecapi hari ini hadir dengan keringat, darah dan air mata generasi terdahulu. Justeru, peliharalah negara ini sebaik-baiknya.


"Pertahankan perpaduan rakyat pelbagai kaum sebagai tunjang kekuatan, dan isilah kemerdekaan dengan keberanian, keyakinan serta jiwa yang benar-benar merdeka," kata beliau menerusi hantaran dalam X.


Menerusi hantaran sama, Presiden KEADILAN itu berkata, masyarakat Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Murut, Bidayuh dan Orang Ulu merupakan satu kekuatan rakyat Malaysia.


Beliau menegaskan bahawa kepentingan Malaysia harus mengatasi sentimen kesukuan dan kedaerahan, selain negara perlu dikenali sebagai sebuah negara yang menjamin keadilan kepada semua rakyat.


"Malaysia harus terkenal dengan jaminan keadilan bagi semua rakyat termasuk yang tersisih dan terpinggir.


"Negara ini merdeka dengan kekuatan bersama semua rakyat Malaysia. Merdeka!" kata beliau.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page