top of page

Pertahan kedaulatan mineral, bangun keupayaan pemprosesan sendiri

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 4
  • 1 min read

ree

Kerajaan Persekutuan menegaskan komitmen mempertahankan kedaulatan sumber mineral negara, walaupun berdepan tekanan perjanjian perdagangan dengan kuasa besar dunia.


Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Chang Lih Kang berkata, Malaysia memiliki kelebihan tersendiri hasil kepakaran tempatan dan sumber asli yang melimpah, termasuk simpanan tanah liat penjerapan ion yang kaya.


"Saya rasa semua orang sedar bahawa industri dan ekosistem ini sangat penting, terutama dalam situasi geopolitik semasa.


"Sudah tentu kita mempunyai kelebihan dari segi kepakaran tempatan dan juga simpanan tanah liat penjerapan besi yang banyak di Malaysia," katanya dipetik selepas merasmikan Seminar Eksplorasi, Torium dan Unsur Nadir Bumi (XThree) 2025 di Putrajaya pada Isnin.


Sementara itu sebagai mengulas moratorium kerajaan terhadap eksport bahan mentah itu beliau berkata, ia mencerminkan komitmen Malaysia untuk membangunkan industri pertengahan dan hiliran, dan bukan sekadar memberi tumpuan kepada aktiviti perlombongan semata-mata.

Beliau menegaskan langkah itu penting bagi mengelak kebergantungan kepada satu negara sahaja, memandangkan China kini menguasai 70 peratus kapasiti pemprosesan unsur nadir bumi dunia.


"Malaysia mahu membangunkan keupayaan sendiri melalui kerjasama strategik dengan negara lain dengan menekankan pemindahan teknologi dan pembangunan bakat tempatan," jelasnya.


Mengenai memorandum persefahaman (MoU) dengan Amerika Syarikat mengenai sumber mineral itu Chang menegaskan ia tidak bersifat mengikat, sebaliknya bertujuan menggalakkan ketelusan serta akses adil dalam kerjasama antarabangsa.


"Klausa dalam perjanjian itu bertujuan untuk menggalakkan akses dan kerjasama yang adil dan bukannya menetapkan sekatan terhadap negara atau syarikat tertentu.


"Jadi kami melihat ia sebagai satu strategi untuk membangunkan kapasiti pemprosesan negara," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page