top of page

Pertahan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) Kelantan - Syam Ghaz



Pelan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) Kelantan sedia ada perlu dipertahankan dan tidak sewajarnya diubahsuai oleh Kerajaan Negeri di bawah Pas-PN.


Menurut aktivis alam sekitar, Mohd Hisyamuddin Ghazali atau dikenali sebagai Syam Ghaz, cadangan supaya Hutan Simpan Kekal (HSK) kecuali kawasan tadahan air tidak lagi diklasifikasikan sebagai KSAS hanya akan merosakkan alam sekitar dan membahayakan eko-sistem di negeri itu.



Beliau berkata demikian mengulas notis daripada Kerajaan Negeri berhubung pengecilan kawasan KSAS yang tersebar di domain awam menggambarkan kawasan hutan yang besar di sebelah kiri manakala kawasan hutan mengecil di sebelah kanan selepas pengubahsuai KSAS.


"Kerajaan Kelantan nak hapuskan Kawasan Sensitif Alam Sekitar Hutan Simpan.


"Alik (sebelah) kiri hutan sedia ada.


"Alik kanan tu lepas diluluskan, akan gondol semua jika tiada bantahan awam.


"Sekarang notis untuk gondol hutan itu dipaparkan di semua agensi kerajaan, untuk bantahan awam," katanya dalam kenyataan di Facebook.


Syam Ghaz kesal dengan langkah yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri tersebut yang didakwa memungkinkan penggondolan hutan bagi mengambil hasil atau untuk pertanian yang akibatnya kelak akan menyebabkan malapetaka banjir atau kurangnya sumber air mentah di negeri itu.


"Lepas ni hok ada tanah alik hulu boleh tengok lah apa jadi, banjir selut dan kemusnahan hutan dan habitat haiwan.

Berat benar kerajaan loni (sekarang).


"Al Quran suruh jaga alam sekitar, haiwan dan ekosistem," katanya lagi.


Beliau menyeru agar pemimpin Pas yang faham al Quran untuk mempraktik ajaran Islam dalam mentadbir Kerajaan Negeri.


Sebelum ini, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Kerajaan Persekutuan menolak cadangan Kelantan berkaitan pengubahsuaian KSAS di negeri tersebut.


Katanya, pengurangan KSAS akan memudaratkan hidupan liar dan mungkin berlaku pertembungan yang lebih kerap hidupan liar dan manusia selepas ini.


Nik Nazmi juga khuatir aktiviti guna tanah akan memberi kesan kepada pergerakan sedimen ke dalam sistem sungai yang menyumbang kepada kekeruhan air dan turut menyebabkan kejadian banjir atau malapetaka besar.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page