top of page

Persoal derma RM750j: Pas cuba tutup kegagalan tumbang kerajaan?



Oleh: Abdullah Zaid


Pas kelihatan semakin terdesak dan cuba untuk menutup kegagalan mereka menumbangkan Kerajaan Madani apabila terus mendesak penjelasan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan isu derma RM500 juta dan RM750 juta yang melibatkan pihak tertentu.


Ketua Penerangan Angkata Muda KEADILAN (AMK) Setiawangsa, Muhammad Azha Salahudin berkata, kenyataan media yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri kelmarin berserta gambar pertemuan beliau dengan Yang Dipertuan Agong hanya membincangkan soal berkenaan urusan negara dan isu-isu yang berkaitan dengan kerajaan, bukan soal lainnya.


"Bahkan, Agong sendiri bertitah supaya PMX dan Kerajaan Madani terus bekerja untuk negara.


"Selain itu PMX memohon seandainya ada pihak yang ingin menderma sebanyak RM500 juta dan RM750 juta, hendaklah wang tersebut disalurkan terus kepada asnaf dan golongan miskin dalam negara," katanya dalam satu kenyataan.


Kata Azha, permohonan mengagihkan derma oleh pemimpin nombor satu negara itu telah membuktikan bahawa beliau tidak mementingkan diri dan kuasa serta sentiasa memikirkan nasib rakyat.


Kataya, PMX tidak menyebut sebarang nama individu atau parti politik tertentu berkenaan isu derma tersebut tetapi dakwanya Pas kelihatan goyah seolah-olah mereka terlibat dalam isu yang diperkatakan dengan kenyataan balas yang menimbulkan keraguan kepada rakyat.


Dalam pada itu, Azha turut menempelak Perikatan Nasional yang sering memainkan naratif bahawa Kerajaan Perpaduan yang diketuai oleh PMX ini akan tumbang pada bila-bila masa dan mereka sendiri akui bahawa PN telah mendapat sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan.


"Malangnya, berbulan-bulan naratif ini dimainkan oleh mereka tetapi Kerajaan Perpaduan terus kukuh dan stabil dengan sokongan majoriti yang besar termasuk juga sokongan daripada Ahli Parlimen PN sendiri," ujarnya.


Azha dipercayai merujuk kepada usaha Langkah Dubai untuk menggantikan Kerajaan Persekutuan sedia ada dan sejumlah wang yang didakwa telah dibawa masuk untuk 'membeli' Ahli Parlimen.


Justeru itu, Azha mengingatkan Pas dan sekutunya untuk berhenti mensabotaj ekonomi negara dengan mewujudkan ketidakstabilan politik melalui langkah ‘pintu belakang’.


"Sebaliknya, jadilah pembangkang yang lebih efektif serta memainkan peranan sebagai agen semak imbang terhadap kerajaan dengan memberikan cadangan serta pandangan terhadap dasar yang akan memberikan keuntungan dan kepentingan kepada rakyat," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page