top of page

Persiapan masa depan parti, Nurul Izzah calon sesuai

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 hours ago
  • 1 min read


KEADILAN sebagai parti masa hadapan memerlukan calon yang sesuai sebagai Timbalan Presiden KEADILAN.


Menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Adam Adli Abdul Halim, parti KEADILAN sudah melahirkan pelbagai lapis generasi dan latar sejak awal penubuhannya. Kepelbagaian tersebut turut, kata beliau, mencipta banyak jurang yang menuntut anggota parti untuk mengangkat pemimpin yang paling berkesan dalam merapatkan jurang-jurang tersebut, sama ada jurang generasi, mahupun jurang gender.


"Semua dari kita perlu menyatakan sikap. Maka selepas membuat sebaik-baik penilaian, tanpa hilang rasa hormat kepada mana-mana pimpinan parti, saya dengan ini ikut menyokong pencalonan Nurul Izzah Anwar sebagai Timbalan Presiden dalam Pemilihan 2025.


"Saya yakin, ianya bukan soal individu, tetapi langkah strategik untuk memperkukuhkan barisan kepimpinan masa hadapan parti," katanya dalam kenyataan.


Menurut Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu dalam suasana politik yang semakin kompleks, Nurul Izzah kini menjadi sosok yang bukan sahaja berwibawa dan berprinsip tetapi juga mampu meniupkan semangat reformasi ke generasi baharu dan melintasi pelbagai latar yang ada.


Kata Adam, Nurul Izzah merupakan Naib Presiden antara yang paling berpengalaman sejak usia awal parti, mewakili suara rakyat sebagai Ahli Parlimen selama tiga penggal, dan mengabdikan diri sebagai aktivis hak asasi manusia di luar takwim politik.


"Parti ini sedang dipersiapkan menuju zaman dan cabaran baharu dan Nurul Izzah di barisan hadapan adalah tanda komitmen kita terhadap kesinambungan idealisme reformasi, melangkaui individu mahupun nama keluarga.


"Nurul Izzah adalah sebahagian sejarah panjang KEADILAN, Nurul Izzah juga adalah masa hadapan untuk KEADILAN," katanya lagi.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page