top of page

Persempadanan semula pilihanraya, wujudkan parlimen baharu disokong



Konvensyen Parti AMANAH Nasional 2023 hari ini menyokong usul agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan persempadanan semula sebaik sahaja genap lapan tahun daripada tempoh persempadanan pada 2018.


Wakil AMANAH Selangor Wan Anwar Wan Ibrahim berkata, persempadanan semula itu amat perlu memandangkan ianya terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan fasal 2 Perkara 113 manakala Kerajaan Perpaduan pula mempunyai lebih 2/3 Ahli Parlimen yang menyokongnya dan memudahkan Rang Undang Undang itu diluluskan.


"Memandangkan lebih daripada 2/3 Ahli Parlimen menyokong kerajaan untuk membolehkan pertambahan kawasan parlimen maka AMANAH Selangor mendesak kerajaan dan SPR melakukan perubahan berikut menjelang PRU 16


"Pertama melakukan persempadanan semula untuk memberikan nisbah bilangan pengundi yang lebih adil antara kawasan parlimen


"Kedua menambah bilangan kawasan parlimen sesuai peningkatan ketara jumlah pengundi yang tertumpu di kawasan bandar dan pinggir bandar," katanya pada Ucapan Penggulungan Konvensyen Parti AMANAH Nasional 2023, pagi tadi.


Selain itu, kata Wan Anwar, pesempadanan semula kawasan pilihanraya perlu dilakukan bagi mengurangkan masalah terlalu banyak penduduk dalam satu satu kawasan parlimen, tetapi pada kawasan lain jumlahnya berkali ganda lebih rendah.


"Terdapat bahagian parlimen terlalu ramai. Sebagai contoh Bangi terdapat 691,000 penduduk, Kota Raja 526,000 penduduk. Subang 481,000 penduduk dan Seputeh 320,000 penduduk," katanya.


Wan Anwar juga menjelaskan, terdapat kerusi kosong di Dewan Rakyat selepas pengubahsuaian yang dilakukan pada era pentadbian Perdana Menteri Najib Razak yang lalu dan itu memberi isyarat perlu dilakukan penambahan kerusi.


"Di Dewan Rakyat ada 58 kerusi kosong selepas di ubahsuai oleh kerajan yang lalu, yang memberi signal kepada kita sampai masanya laksanakan persempadanan semula dalam erti kata tambah kerusi dewan," katanya.


Usul persempadanan semula itu diluluskan dengan sebulat suara oleh perwakilan AMANAH.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page