top of page

Persempadanan semula pilihanraya Sarawak: Lancarkan perkhidmatan kepada rakyat



Persempadanan semula kawasan mengundi di Sarawak yang tiba giliran pada tahun ini harus dilakukan untuk memudahkan urusan pentadbiran kawasan dan juga mengambil kira keseimbangan jumlah pengundi.


Menurut Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN Malaysia, Senator Abun Sui Anyit, prinsip-prinsip yang diambil kira dalam melaksanakan urusan Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya adalah seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 2, Bahagian I, Jadual Ketiga Belas, Perlembagaan Persekutuan dan kesemua hal berkenaan, katanya, perlu diambil kira dan dijadikan garis panduan.


"Antara perkara yang mesti diutamakan ialah kemudahan bagi pemilih-pemilih mengundi semasa pilihanraya dan bahagian pilihanraya tidak merentasi sempadan negeri


"Mengambil kira kemudahan pentadbiran yang boleh didapati dalam bahagian pilihanraya itu untuk mengadakan jentera yang perlu bagi pendaftaran dan pengundian


"Jumlah pemilih yang seimbang bagi setiap bahagian pilihanraya dalam sesuatu negeri kecuali apabila terdapat kesukaran perhubungan dan pengangkutan yang dihadapi di luar bandar, luas bahagian pilihanraya patut diberi pertimbangan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Sehubungan itu, Abun Sui mengharapkan beberapa kawasan boleh dicantumkan untuk efisiensi pentadbiran dan memudahkan wakil rakyat berkhidmat.


"Saya berharap Long Busang, Sang Anau dan Long Unai, Ulu Balui disatukan dalam Daerah Belaga dalam Parlimen yang baru nanti," katanya.


Di samping itu, beliau berharap pengalaman KEADILAN ketika menjadi pembangkang sebelum ini tidak berulang yang mana pihak kerajaan ketika itu tidak langsung mengambil kira pendapat pembangkang dalam persempadanan semula.


"Oleh itu, saya menggesa SPR memperbanyakkan membuat libat urus bukan sahaja dengan jabatan kerajaan tetapi perlu melibatkan semua pihak termasuk badan bukan kerajaan dan parti politik pembangkang.


"Ini penting untuk mengelak ketidakadilan dan rasa tidak puas hati mana-mana pihak apabila kawasan-kawasan Parlimen baru digazetken tanpa pengetahuan dan penglibatan mereka," katanya lagi.


Untuk rekod, laporan dari Dewan Rakyat, Parlimen minggu ini, Sarawak sedang dalam proses membuat persempadanan semula oleh SPR. Sarawak mempunyai kawasan pendalaman yang luas dan memerlukan penyusunan semula kawasan pilihanraya agar pentadbiran lebih efisien.




 
 

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page