top of page

Persempadanan semula bukan untungkan Perpaduan, mudahkan wakil rakyat jaga kawasan



Oleh: Abdullah Zaid


Isu persempadanan semula kawasan pilihanraya yang ditimbulkan oleh Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari seolah olah Kerajaan Perpaduan akan meminda sempadan agar memberikan kemenangan mudah kepada kerajaan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 16 merupakan pandangan yang prejudis.


Hakikatnya, ketika Pas berada dalam Pakatan Rakyat suatu ketika dahulu mereka adalah parti politik yang mahukan persempadanan kawasan pilihanraya yang adil dan tidak memusatkan kaum Melayu atau Cina ke kubu tertentu pembangkang atau kerajaan.


Bagi Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, persempadanan semula yang akan dilakukan pada waktu terdekat sebagaimana di Sarawak adalah perlu bagi menyeimbangkan pengundi dalam satu satu kawasan untuk tidak terlalu membebankan wakil rakyat.


"Pada hari ini, terdapat 10 kawasan Parlimen yang mempunyai bilangan pengundi yang terlalu ramai, hampir 200,000 (dalam satu perlimen) manakala seperti Parlimen Bangi menghampiri 300,000.


"Ini tentulah tidak seimbang misalnya, jika dibandingkan Parlimen Putrajaya yang hanya ada pengundi sekitar 30,000 orang sahaja," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Mengulas lanjut, menurut Hassan, selain perbandingan jumlah pengundi, faktor keluasan kawasan, bandar dan luar bandar juga perlu diambil kira sekiranya persempadanan semula mahu dilakukan.


"Contohnya, di Sabah dan Sarawak walaupun penduduknya kurang tetapi kawasannya amat luas.


"Terdapat kawasan parlimen di Sarawak yang sebesar Negeri Melaka atau Negeri Sembilan.


"Sebab itu, sekarang ada tuntutan supaya jumlah kerusi parlimen Sabah dan Sarawak (ditambah) sebanyak satu pertiga daripada keseluruhan jumlah kerusi parlimen Malaysia," ujarnya lagi.


Justeru, katanya, kuasa menentukan persempadan semula hanya tertakluk kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Suruhanjaya itu kelak, kata Hassan, akan menentukan kesesuaikan diwujudkan satu kawasan baharu atau memindahkan pengundi dan ia bukan sahaja perlu dilakukan di negeri Kerajaan Perpaduan sebaliknya juga di negeri Perikatan Nasional.


"SPR yang akan menjalankan urusan persempadanan semula dan pecah kawasan serta kerajaan yang akan membawa perkara ini untuk kelulusan Parlimen.


"Persempadanan wajar (dilakukan kerana ada) kawasan pengundi ramai sangat. Dari 222 kawasan parlimen sekarang perlu tambah kawasan parlimen di negeri negeri yang kurang kawasan parlimen seperti Terengganu, Kelantan, Kedah, Pahang, Sabah dan Sarawak


"Oleh itu, pertambahan kerusi parlimen mestilah dibuat secara yang adil bagi semua negeri dalam Persekutuan," ujarnya lagi.


Kelmarin dalam satu kenyataan, Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari menyifatkan proses persempadanan semula yang akan berlaku pada penggal pemerintahan Kerajaan Perpaduan sebagai ‘kad terakhir’ blok kerajaan untuk terus memenangi PRU akan datang.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page