top of page

Menteri KBS kecam serangan terhadap pemain bola skuad negara



Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengecam keras serangan terhadap pemain sayap skuad Harimau Malaya, Faisal Halim pada Ahad.


Melalui satu hantaran di Aplikasi X, Hannah menegaskan bahawa keganasan tidak sepatutnya berlaku dalam bidang sukan negara.


Justeru beliau menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk segera mengambil tindakan kepada pelaku.


"Saya mengecam sekeras-kerasnya keganasan terhadap atlet. Tiada keganasan dalam sukan! Saya meminta @PDRMsia untuk segera mengambil tindakan terhadap pelaku," katanya.


Media pada Ahad melaporkan Faisal atau lebih dikenali sebagai 'Mickey' telah disimbah asid dalam kejadian di sebuah pusat membeli-belah di Damansara.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin dipetik laporan media memaklumkan keadaan pemain Selangor FC itu ketika ini kurang baik dan berharap dia dapatkan rawatan secepat mungkin.


"Kondisi dia cukup saya katakan menyedihkan. Bahagian kaki dia nampak ok tiada apa-apa. Bahagian tangan kiri badan belah kiri rusuk dan bahu yang cedera," tegasnya yang turut kecewa dengan serangan terhadap pemain yang pernah dinobatkan Penjaring Gol Tercantik Piala Asia itu.


Dalam perkembangan berkaitan, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj turut melahirkan rasa murka atas serangan terhadap Faisal.


Istana Alam Shah menerusi kenyataannya memaklumkan, baginda mahu siasatan kejadian yang menimpa pemain bola sepak Selangor FC, Faisal Halim turut merangkumi kemungkinan jika ada melibatkan kegiatan kumpulan yang berniat jahat atau keingkaran awam seperti samseng bola sepak atau hooliganisme.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page