top of page

Persempadanan Selangor - Putrajaya dijangka selesai hujung tahun ini

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 1 min read


Proses persempadanan antara Selangor dan Putrajaya dijangka dimuktamadkan menjelang akhir tahun ini.


Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari sebagai mengulas pertemuan delegasi diketuainya bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa di Menara Seri Wilayah, Putrajaya pada Isnin.


Amirudin bagaimanapun berkata, bagi persempadanan antara Selangor dan Kuala Lumpur akan mengambil sedikit masa kerana melibatkan proses yang rumit.


"Setakat ini, proses persempadanan di Putrajaya hampir selesai (melibatkan) kawasan seperti Sepang dan Kuala Langat.


"Manakala bagi kawasan (berhampiran) Kuala Lumpur seperti Ampang dan Petaling Jaya akan mengambil sedikit masa lagi," katanya dipetik selepas merasmikan sambutan Hari Guru Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) semalam.


Sementara itu ketika mengulas lanjut mengenai pertemuan itu Amiruddin berkata, Dr Zaliha telah membangkitkan isu penyelesaian persempadanan bagi memastikan penguatkuasaan sempadan lebih bersepadu dapat dijalankan.


Manakala beliau memohon 10 peratus daripada kawasan tanah perkuburan Islam di Hulu Semenyih, Selangor yang diurus di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) dibuka untuk pengebumian jenazah penduduk sekitar.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page