top of page

Persekutuan tidak anaktirikan negeri pembangkang termasuk Kedah



Kerajaan Madani mengambil pendirian tidak menganaktirikan negeri pembangkang termasuk Kedah walaupun tidak selari pentadbiran dengan Kerajaan Negeri.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pantadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa meletak kepentingan rakyat sebagai keutamaan.


Justeru tegasnya, perkara itu dibuktikan apabila Kedah diberi peruntukkan RM1.18 bilion daripada Kerajaan Madani untuk pelbagai pembangunan melibatkan 430 projek untuk tahun ini berbanding RM100 juta oleh Kerajaan Negeri.


"Kedah sama sekali tidak diketepi, dibelakangkan atau dianaktirikan Kerajaan Persekutuan walaupun berbeza daripada amalan demokrasi.


"Biarpun ada wujud perbezaan dari segi kerajaan yang memerintah tapi saya tak fikir rasional yang ada kepimpinan Kerajaan Persekutuan bahawa kami hendak korbankan aspek kepentingan rakyat. Biar data berbicara," kata Saifuddin yang juga Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kedah dipetik.


Saifuddin sebelumnya mengadakan lawatan ke Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kedah dan Sungai Anak Bukit, di Alor Setar pada Selasa.

Sementara itu, sebagai mengulas mengenai projek itu berkata, ia dijangka siap sepenuhnya pada September depan.


Kerajaan Persekutuan jelasnya yakin projek itu akan mengatasi masalah bencana banjir di bandar raya Alor Setar dan Jitra yang memberi impak kepada 63,000 penduduk di sekitarnya selain mampu memelihara 9,000 hektar kawasan sawah padi di sepanjang laluan Jitra ke Alor Setar daripada ditenggelami banjir seperti yang pernah berlaku sebelum ini.


"Projek RTB ini adalah untuk menyediakan aliran baharu bagi mengatasi masalah limpahan yang berpunca daripada tiga sungai utama iaitu Sungai Baru, Sungai Tanjung Pauh dan Sungai Anak Bukit yang melalui kawasan penduduk, taman perumahan, kampung dan industri.


"Kemajuan semasa fizikal projek adalah 78.13 peratus dengan baki kerja utama yang masih dalam pelaksanaan melibatkan pembinaan dua jambatan iaitu Jalan Alor Setar-Kangar dan Jalan Gunung Keriang," tambahnya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page