top of page

Persekutuan, Sarawak sepakat PETRONAS dan PETROS perluas kerjasama

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 31 minutes ago
  • 2 min read


Oleh: Helmi Mohd Foad


Kerajaan Persekutuan dan Sarawak sepakat menetapkan semua perundangan berkaitan pengagihan gas di dalam negeri itu wujud secara bersama serta dihormati semua pihak yang menialankan aktiviti tersebut termasuk melibatkan PETRONAS dan PETROS.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam kenyataan bersama berkata PETRONAS akan meneruskan fungsi, aktiviti, tanggungjawab dan kewajipan sepertimana termaktub di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.


Kesepakatan itu tercapai melalui proses rundingan hasil pertemuan kedua-kedua pemimpin itu pada 9 Mei lalu.


"Kerajaan Negeri Sarawak telah melantik PETROS sebagai agregator gas berkuat kuasa 1 Mac 2025.


"Pelantikan ini hendaklah dihormati oleh semua pihak yang menjalankan perniagaan pemasaran, pengedaran dan pembekalan gas kepada pengguna domestik di Sarawak," kata kenyataan itu yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri hari ini.


Kenyataan itu berkata sebarang perjanjian dan pengaturan antara PETRONAS atau anak syarikatnya dengan pihak ketiga bagi

tujuan penjualan gas LNG dari sektor huluan hingga ke pengeksportan bahan api itu kepada pihak-pihak antarabangsa akan kekal tidak terjejas.


"PETRONAS dan PETROS hendaklah mengadakan perbincangan bagi tujuan meluaskan kerjasama bagi keperluan gas domestik Sarawak antaranya projek-projek penyaluran bekalan gas sehingga 1.2 bilion kaki padu sehari bagi menyokong Pelan Hala Tuju Gas Sarawak," ujarnya.


Katanya kerjasama juga melibatkan projek tenaga hijau, hidrogen dan penjanaan elektrik yang mungkin dilaksanakan oleh PETRONAS dan PETROS.


"Semua perbincangan lanjut mengenai kerjasama mesti tertakluk kepada daya maju komersial dan teknikal.


"Bagi tujuan projek-projek masa depan di Negeri Sarawak yang melibatkan rakan kongsi antarabangsa, PETRONAS akan bekerjasama dengan PETROS," kata kenyataan itu.


Kenyataan itu berkata PETRONAS dan PETROS hendaklah berusaha untuk terus bekerjasama memperincikan rangka kerja demi kepentingan negara mengikut prinsip komersial secara telus.


"Potensi besar yang dapat diterokai secara menyeluruh dari kesepakatan ini mampu memperkukuhkan kepercayaan dan mengembalikan keyakinan para pelabur khususnya syarikat-syarikat antarabangsa di dalam sektor petroleum untuk memuktamadkan hala tuju pelaburan masing-masing di Malaysia," kata kenyataan itu lagi.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page