top of page

Persekitaran kondusif perlu diwujudkan perkasa kepimpinan wanita

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 5 days ago
  • 1 min read

Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (gambar) menyeru persekitaran kondusif yang menyokong, membimbing dan memperkasakan pemimpin wanita untuk berjaya dalam semua sektor terus diwujudkan.


Berucap pada majlis pelancaran buku The Malay Girls' College, November 1947 – March 1962: A Pioneering Story di Kuala Lumpur pada Rabu, beliau menekankan bahawa persekitaran dan sokongan seperti itu penting ketika negara sedang berusaha memupuk lebih ramai wanita dalam peranan kepimpinan.


"Hari ini, peluang untuk wanita di Malaysia telah berkembang dengan ketara.


"Namun, masih ada cabaran dalam mengimbangi tanggungjawab profesional, peranan dalam keluarga dan jangkaan masyarakat," katanya dipetik.


Menerusi ucapan sama, Dr Wan Azizah turut mengimbas sejarah Malay Girls' College atau kini dikenali sebagai Kolej Tunku Kurshiah (TKC) yang memainkan peranan penting dalam memajukan pendidikan wanita sedekad sebelum kemerdekaan.


Semangat ketahanan diri, keberanian dan keazaman yang ditunjukkan pelajar perintis kolej itu hasil kurikulum yang menerapkan nilai seperti kepimpinan, berdikari, empati jelasnya kekal relevan dalam menghadapi cabaran moden masa kini.


"Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita semua untuk memastikan laluan telah mereka bantu buka ini terus diperluas untuk generasi kanak-kanak perempuan dan wanita muda akan datang," katanya.

Sementara itu Dr Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak turut memuji usaha menerbitkan buku tersebut, beliau menyifatkan ia tugas sukar untuk mendokumentasikan kisah sebuah sekolah yang tidak lagi wujud secara fizikal, terutamanya apabila kebanyakan bekas petugas dan pelajar telah meninggal dunia.

"Buku ini mengingatkan kita apabila kita melabur dalam pendidikan seorang anak perempuan, kita sebenarnya melabur untuk masa depan sebuah negara," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page