top of page

Persediaan teliti penting jayakan skim Petrol RM1.99 - AMK P Pinang

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 20
  • 1 min read
ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulau Pinang menyatakan sokongan penuh terhadap inisiatif kerajaan memperkenalkan harga petrol RM1.99 seliter menggunakan MyKad.


Ketua AMK Pulau Pinang, Muhammad Zakwan Mustafa Kamal (gambar) berkata, langkah tersebut diyakini mampu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat serta menzahirkan janji kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Bagaimanapun beliau mengingatkan agar persediaan menyeluruh dilakukan sebelum pelaksanaannya agar rakyat tidak berdepan sebarang masalah teknikal.


"Pengalaman daripada isu teknikal dalam program i-Sara wajar dijadikan pengajaran supaya rakyat tidak menghadapi kesulitan yang boleh menjejaskan keyakinan terhadap dasar yang baik," katanya dalam satu kenyataan.


Subsidi bersasar RON95 dijangka dilaksanakan pada hujung bulan ini, dengan harga disasarkan RM1.99 seliter kepada rakyat Malaysia yang layak.


Mereka yang tidak layak akan dikenakan harga pasaran penuh selaras dengan konsep harga dua peringkat.


Sementara itu menurut Muhammad Zakwan, dengan perancangan teliti kerajaan, pelaksanaan inisiatif tersebut bukan sahaja dapat berjalan lancar malah membawa manfaat besar kepada rakyat.


"AMK Pulau Pinang percaya inisiatif ini akan membuktikan komitmen kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat," ujarnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page